Liverpool Tewaskan PSG Hanya Dengan 1 On Target Dan 9 Saves Alisson Becker

Liverpool berjaya membawa bekalan 1 gol dari Paris selepas menang 1-0 ke atas PSG dalam aksi peringkat 16 akhir untuk pusingan pertama.

Kemenangan itu bukanlah kerana Liverpool bermain lebih baik namun kerana ketumpulan PSG di barisan serangan dan kecekapan luara biasa Alisson Becker.

Liverpool mempamerkan salah satu aksi terburuk mereka musim ini, apabila mereka didominasi secara total oleh PSG dia Paris.

Skuad Luis Enrique menunjukkan kualiti dan kepantasan mereka menerusi pemain pemain berbakat terutama sekali Ousmane Dembele dan Kvaratskhelia.

PSG melakukan 27 percubaan dengan 10 tepat dalam perlawanan ini. Sedangkan Liverpool cuma ada 2 percubaan sepanjang malam. Dan on target pertama Liverpool hadir minit ke-87.

On target sulung itulah yang bertukar menjadi gol kemenangan menerusi rembatan cantik Harvey Elliot yang masuk sebagai pemain gantian.

Dia menerima bola daripada seorang lagi pemain gantian iaitu Darwin Nunez.

Donnarumma yang meluangkan sepanjang malam melihat Alisson melompat ke sana sini menepis dan menangkap percubaan rakan rakannya, gagal untuk menyelamatkan rembatan Elliot.

Elliot masuk menggantikan Mohamed Salah yang dikunci dengan sebaiknya pertahanan PSG terutama sekali Nuno Mendes.

Rata rata peminat menganggap kemenangan ini kerana Alisson dan VAR yang menyelamatkan Liverpool daripada gol Kvaratskhelia yang dibatalkan kerana ofsaid.

PSG juga harus menyalahkan diri mereka sendiri kerana mempunyai sangat banyak peluang namun tidak satu pun masuk. Ini termasuk peluang 1 lawan 1 oleh Dembele berdepan Alisson.

Alisson selayaknya menjadi MOTM dalam perlawanan ini. Dia melakukan 9 saves dalam perlawanan ini. Dan terbanyak dilakukan penjaga gol Liverpool dalam kempen UCL seejak 2003. Dan ini rekod saves terbanyak oleh penjaga gol Brazil dalam semua pertandingan bersama dengan kelab Eropah.

Liverpool kini akan menumpukan perhatian mereka kepada aksi timbal balik di Anfield selepas ini. Sudah tentunya Arne Slot tidak mahukan aksi sama seperti di Paris ini berulang.