Liverpool Tibai Spurs 6-3, Salah Cipta Rekod Baru

Liverpool dengan cemerlang menang 6-3 ke atas Tottenham Hotspur di Stadium Tottenham, di Utara London.

Liverpool mendahului dengan empat mata di puncak Liga Perdana Inggeris di atas Chelsea yang keciciran mata pada aksi lebih awal di Everton.

Liverpool sudah mempunyai beberapa peluang sebelum Luis Diaz menanduk masuk hantaran lintang sempurna daripada Trent Alexander-Arnold selepas 23 minit aksi.

Kemudian, Mac Allister menggandakan kelebihan mereka dengan satu lagi tandukan 13 minit kemudian.

James Maddison memberi harapan kepada Spurs untuk bangkit semula apabila dia melencongkan gol kelapannya musim ini empat minit sebelum separuh masa tetapi jurang 1 gol itu telah dipadamkan pada masa kecederaan separuh masa pertama apabila Mohamed Salah melorongkan bola kepada Dominik Szoboszlai untuk penyudah mudah.

Menjadikan dia pemain pertama mencetak dua digit gol dan assist menjelang Krismas.

Mo Salah seterusnya menyamai rekod Billy Liddell dengan 228 gol Liverpool apabila dia menjarakkan lagi kelebihan Liverpool pada minit ke-54.

Salah kemudian naik ke tempat keempat dalam senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab itu apabila Szoboszlai pula mencipta gol untuk pemain Mesir itu.

Dejan Kulusevski menjaringkan gol untuk perlawanan kelima berturut-turut ketika berbaki 18 minit, manakal Dominic Solanke kelihatan cuba menghidupkan persaingan semula dengan gol ketiga menjadikan kedudukan 4-5.

Namun begitu, Luis Diaz memastikan perlawanan ini milik Liverpool dengan gol keenam.

Saksikan highlight perlawanan di sini: