Liverpool dilaporkan menolak bidaan pertama yang mereka terima bernilai £70 juta daripada sebuah kelab di Arab Saudi untuk membeli Darwin Nunez.
Kelab tersebut dipercayai Al Hilal yang mahu menjadikan Nunez sebagai penyerang baharu mereka.
Liverpool menegaskan bahawa mereka hanya akan menjual pemain itu pada harga yang mereka rasa cukup bagus.
Liverpool sebelum ini membeli Darwin Nunez dengan harga sekitar £80 juta. Liverpool ketika ini berharap mereka akan menerima £85 juta untuk pemain tersebut.
Darwin Nunez jelas sekali bukan pemain kesebelasan utama pilihan Arne Slot ketika ini. Dia cuma menjadi pemain simpanan.
Diogo Jota adalah pilihan utama Slot untuk posisi nombor 9. Dan kemudian Luis Diaz juga dilihat berada di atas Nunez untuk posisi itu dengan Gakpo bermain di bahagian sayap.
Bagaimanapun, Liverpool dijangka akan terus berunding dengan kelab Saudi tersebut dan dijangkan angka £75 juta mungkin boleh menjadi harga akhir yang memuaskan hati kedua dua pihak.
🚨 BREAKING:
Liverpool have rejected a £70m bid from Al-Hilal for Darwin Núñez.
Michael Edwards is leading the negotiations and he believes he can get the price #LFC want for Darwin.
[@SamMcGuire90] pic.twitter.com/GHM0oqKK5r
— Watch LFC (@Watch_LFC) January 13, 2025
Rata rata peminat Liverpool terkejut dengan keputusan kelab menolak tawaran yang dianggap cukup besar itu.
Ini kerana menurut mereka Nunez masih bergelut untuk membuktikan kualitinya sejak menyertai kelab berpangkalan di Anfield itu.