“Sukar untuk saya bekerja dengan kekurangan kakitangan kejurulatihan,”
Anda baca pun dah rasa sesak nafas apabila anda bayangkan itu adalah kata-kata daripada seorang coach baru yang memimpin pasukan sebesar Arsenal.
Situasi di Arsenal ni rumit sebenarnya. Meh aku cerita
Apa sebenarnya?
Sebelum ini mereka memecat Unai Emery. Dan meminta Ljungberg untuk naik tahta sebagai interim sehingga mereka mendapat pengurus baharu.
Benda ni biasalah mereka buat. Memang kena ada interim. Yang jadi rumitnya, biasanya apabila coach tu dipecat, staf mereka akan ikut sekali kecuali beberapa kakitangan teknikal.
Sebab tu mereka dipanggil pengurus. Mereka menentukan sendiri siapa pembantu mereka dan coaching staf.
Dalam situasi sekarang, Ljungberg dilantik menjadi interim dan tidak ada kuasa untuk menstruktur aspek kejurulatihan.
Beliau tak ada kuasa untuk membawa masuk staf dia sendiri. Biasanya mereka akan mencari beberapa coaches kat luar tu untuk membantu mereka secara interim. Kira mereka ni pun part time.
Arsenal cuma memberikan Per Mertesacker sebagai pembantu Ljungberg. Itupun sebab atas urusan internal. Orang orang dalam Arsenal saling bantu membantu.
Mertesecker wira tak didendang
Ljunberg pula menyatakan dia kesian juga dengan Per Mertesacker. Sebab dia ni pengurus akademi Arsenal.
📰 @ArsenalAcademy manager Per Mertesacker will be supporting interim head coach Freddie Ljungberg in the short-term.
Per will be in the dugout at Carrow Road tomorrow.#NORARS pic.twitter.com/rvWJRd2pDG
— Arsenal (@Arsenal) November 30, 2019
Selagi lagi coach di dalam Arsenal yang ada ini dipusing pusing kat situ sahaja ia akan mengurangkan kuota tempat lain.
Per banyak membantu dia dalam persiapan pasukan utama dan memang sangat profesional. Pada masa yang sama kena buat kerja di akademi juga.
Lalu Ljungberg berkata, kalau susah sangat nak beri interim ni kuasa bawa masuk staf, Arsenal nak tak nak lantik segera permanent manager.
Bukan sebab dia gila kuasa, nakkan jawatan itu. Dia pun tak nafikan dia nak. Sebab coach professional ni pantang la tolak cabaran baharu kan.
Namun Ljungberg menyatakan, jika Arsenal tidak melantik pengurus tetap, bermakna polisi mereka kepada interim tu memang akan menyukarkan tugasan.
Ye la, Arsenal mana pernah lalui benda interim ni terutama zaman modern football ni. Mereka sebelum ni ada Wenger yang bertahta lama.
Dipetik daripada The Guardian, Ljungberg berkata:
“Kelab ini dan berkata bahawa saya perlu menunggu sehingga mereka membuat keputusan, jadi saya tidak boleh buat apa-apa pada masa ini,”
“Saya cuma ada Per [Mertesacker] tetapi pada masa yang sama dia adalah pengurus akademi. Dia membantu saya dalam melatih pemain.”
Arsenal’s Freddie Ljungberg wants quick decision on Emery successor @NickAmes82 https://t.co/mF12SQE1pa
— Guardian sport (@guardian_sport) December 13, 2019
“Kelab telah berkata, apabila mereka membuat keputusan tak pasti sama ada saya keka atau saya pergi. Tetapi jika saya kekal, mungkin ketika itu barulah dapat melakukan sesuatu berkenaan struktur kakitangan. Tetapi terpulanglah kepada kelab.”
“Jika anda melihat pengurus lain yang berada di sini sebelum ini, mereka mempunyai banyak kakitangan dan mungkin saya tidak mempunyai begitu ramai orang. ”
“Jadi jika anda terus berada dalam keadaan seperti ini selama berbulan-bulan dan bulan, itu bukannya mudah. Tetapi semuanya benar-benar terserah kepada kelab. ”
Satu perkara yang menarik diedahkan oleh Ljungberg, ada tiga kakitangan Unai Emery yang terus kekal berbakti di Arsenal ketika ini iaitu Juan Carlos Carcedo dan Pablo Villa, bersama dengan jurulatih penjaga gol Javi García.
Mereka ni tidak angkat kaki bersama Unai.
Ketika dilantik menjadi interim, Freddie beranggapan ketika itu beliau dibenarkan untuk membentuk struktur kakitangan yang lebih jelas berbanding pelan ad-hoc sehingga menggunakan bidan terjun Mertesacker jadi pembantunya.
Ljungberg, kalau ada kuasa nak mencadangkan agar kelab mempertimbangkan bekas rakan sepasukan Gilberto Silva, untuk menjadi sebahagian daripada kejurulatihannya. Namun hampeh. Tak dapat der.
Ljungberg: Cepat selesaikan!
Atas rasa kasih dan sayangnya kepada Arsenal, Ljungberg berharap pasukan itu segera melantik pengurus tetap. Tidak kisahlah sesiapa sahaja, termasuk dirinya.