Lloris Kutuk Aksi Emi Martinez Pada Final: “Saya Tak Sanggup Buat Benda Bodo Macam Tu”

Penjaga gol Tottenham Hotspur, Hugo Lloris mengkritik sikap Emiliano Martinez ketika perlawanan akhir Piala Dunia 2022 antara Perancis dan Argentina.

Hugo Lloris ketika itu menjadi penjaga gol Perancis, manakala Martinez berada di pasukan Argentina yang kemudiannya memenangi kejuaraan.

Perlawanan akhir Piala Dunia 2022 dianggap antara yang terbaik sepanjang zaman dan penuh drama.

Kedua-dua pasukan saling berbalas gol sehing seri 3-3 seleaps 120 minit aksi (termasuk masa tambahan 30 minit).

Dalam penentuan sepakan penalti, Martinez menjadi wira Argentina dengan menyelamatkan dua sepakan penalti Perancis untuk menjulang trofi Piala Dunia ketiga untuk Argentina.

Lloris tidak gembira dengan kelakuan Martinez yang menurutnya sanggup memperbodohkan dirinya semata mata mahu menganggu mentaliti lawan.

Lloris mengakui bahawa dia seorang yang tidak boleh melakukan perkara seperti Martinez. Sebabnya, Lloris mendakwa sebagai seorang yang masih rasional untuk memenangi perlawanan tanpa melakukan perkara seperti itu.

Lloris lebih suka mengambil pendekatan lebih tenang dan tidak menganggu lawannya.

Martinez memang menunjukkan pergerakan yang cukup angkuh dan mencabar lawannya sehingga mampu menumbangkan pemain lawan secara mental.

Cara yang sama digunakan Martinez ketika membantu negaranya memenangi Copa America 2021. Dan dia seringkali menggunakan taktik serupa ketika berdepan lawannya di peringkat pertandingan domestik di peringkat kelabv.

Keraiannya juga tidak senonoh ketika penyerahan trofi anugerah penjaga gol terbaik Piala Dunia 2022. Dia meletakkan trofi itu pada kemaluannya dan menunjukkan aksi yang dianggap melucah.

“Ada beberapa perkara yang saya tidak boleh lakukan. Saya tak sanggup untuk memperbodohkan diri sendiri di gawang, meroyan tak henti henti untuk menganggu fokus lawan dan melakukan perkara yang melampaui batas. Saya tidak boleh melakukannya,” kata Lloris.

Hugo Lloris sudah rasmi mengumumkan persaraannya dari bola sepak antarabangsa. Bermakna dia turut mengosongkan jawatan kapten pasukan Perancis.

Lloris menjadi wira negaranya ketika memenangi Piala Dunia 2018 yang menguatkan statusnya sebagai salah seorang penjaga gol legenda dalam sejarah negaranya.

Emi Martinez turut mengukuhkan namanya sebagai salah seorang penjaga gol terbaik sepanjang zaman untuk Argentina.

Walaupun seringkali menunjukkan lagak tidak disenangi lawannya dengan permainan saraf melampau, namun siapa yang boleh menafikan peranannya membantu negaranya menamatkan kemarau penantian Piala Dunia.

Terutama sekali save ini, pada masa kecederaan sebelum sepakan penalti!

Detik yang membuatkan Papu Gomez mengabadikannya sebagai tatu di badannya.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.