Lloris Umum Persaraaan Antarabangsa Dan Kecam Presiden FFF Kerana Mengaibkan Zidane

Kapten Perancis, Hugo LLoris mengumumkan bahawa dia bersara dari peringkat antarabangsa.

LLoris akan selamanya dikenang sebagai kapten legenda yang membantu negaranya menjuarai Piala Dunia 2018 yang merupakan Piala Dunia kedua milik Perancis.

Dia telah bermain sebanyak 145 kali untuk negaranya. Sepanjang tempoh itu dia telah 121 mengetuai pasukan Perancis di atas padang.

Memenangi 1 Piala Dunia, 1 Piala Negara Negara Eropah, sekali menjadi naib juara Piala Dunia. Dan sekali menjadi naib juara Euro.

Lloris dalam ucapan perpisahannya dengan Les Bleus berkata: “Selepas 14 tahun mempertahankan warna jersi ini, saya rasa saya telah menuju ke titik pengakhirannya.”

“Saya memutuskan untuk menamatkan karier antarabangsa, dengan perasaan bahawa saya telah memberikan segalanya untuk negara selama ini.”

“Saya memilih untuk pergi ketika berada di kemuncak berbanding menunggu saat jatuh, atau persaingan yang terlalu banyak.”

Persaraan Lloris itu akan membuka ruang kepada penjaga gol Perancis yang lain seperti Mike Maignan, Areola dan yang lain lain.

Lloris ikut Mbappe kecam Le Graet

Dan dalam wawancaranya dengan wartawan, dia sempat mengecam tindakan Noel Le Grate, Presiden FFF, yang dianggap mengaibkan legenda Perancis Zinedine Zidane.

Le Graet menafikan FFF berminat melantik Zidane sebagai pengurus baharu Perancis. Sebaliknya Le Graet menyatakan bahawa Zidane hanya berada dalam radar mereka sebagai calon. Jika hanya kerana Deschamps melepaskan jawatannya.

Beberapa bulan lalu L’Equipe melaporkan bahawa Zidane akan tetap dilantik menjadi pengurus Perancis pada tahun 2023, walaupun Deschamps membantu Perancis menjuarai Piala Dunia kali kedua berturut-turut sekalipun.

Zidane sebelum ini dijanjikan perkara yang sama. Bahawa dia akan dilantik menjadi pengurus Perancis selepas Euro 2020 (yang diadakan pada 2021).

Zidane menunggu dengan sabar jawatan di Perancis. Dia menolak banyak tawaran lebih lumayan daripada beberapa kelab besar yang lain. Ini termasuk tawaran mega dari Qatar yang mahukan dia menjadi pengurus pasukan kebangsaan mereka sebelum ini.

Malah Fabrizio Romano sendiri beberapa kali menegaskan bahawa keutamaan Zidane adalah jawtaaan pengurus Perancis.

Kini FFF telah memutuskan untuk terus melanjutkan kontrak Didier Deschamps. Dan presiden FFF dewan terbuka menyatakan bahawa:

“Zinedine Zidane sentiasa berada di dalam radar kami, tak perlu nak panjangkan cerita. Dia ada ramai penyokong, dan ada antara mereka menunggu Deschamps untuk pergi.”

“Tetapi siapa yang boleh mengkritik Deschamps setelah apa yang dia lakukan? Tiada!”

“Kamu [penyokong Perancis] boleh terlepas beberapa perlawanan pasukan kebangsaan, tapi saya sudah bersama dia selama 10 tahun.”

“Dalam tempoh itu tidak ada banyak masalah yang timbul daripada pengurusan beliau.”

“Laporan tentang dia akan melepaskan jawatan, hanyalah mainan media menarik klik daripada pembaca. Dia [Deschamps] cuma menganggap benda ini satu khabar angin bahawa bekas pengurus Real Madrid itu akan menjadi pengurus baharu Perancis.”

Paling mengejutkan adalah kenyataan Le Graet yang mendedahkan bahawa dia tak akan mengangkat panggilan telefon daripada Zidane sekalipun jika pengurus itu mahu membincangkan soal menjadi pengurus pasukan kebangsaan Perancis.

Ianya satu kenyataan sinis contoh laporan media di Perancis yang menyatakan bahawa Ke Graet sudah berapa kali menghubungi Zinedine Zidane dan berjanji mahu mengangkat dia menjadi pengurus baharu Perancis.

“Jika Zidane call saya sekalipun, saya tak akan angkat panggilan itu. Dah tentu tak akan saya angkat. Untuk apa? Nak beritahu dia supaya pergi cari kelab baharu untuk diuruskan? Atau wujudkan satu program khas untuk dia mendapatkan kelab atau pasukan kebangsaan baharu?”

Kata kata Le Graet ini membuatkan Mbappe tidak gembira sama sekali. Dia menulis di twitternya: “Zidane adalah Perancis!” Kata Mbappe merujuk kepada bagaimana bola sepak Perancis itu menempa kegemilangan sebagai juara dunia kerana Zidane.

Mbappe menambah: “Kita tidak boleh memperlekehkan legenda kita seperti itu [emoji tepuk dahi].”

Kenyataan Mbappe ini mengundang lebih banyak spekulasi. Ramai yang merasakan bahawa Mbappe mungkin tahu bahawa FFF sudah mempermainkan Zidane. Dan cuba memberitahu bahawa mereka sentiasa di belakang Deschamps.

Kini Hugo Lloris pula tampil mengecam Le Graet. Lloris berkata:

“Kita tak boleh mengaibkan bekas pemain pasukan kebangsaan Perancis. Lebih lebih lagi legenda antarabangsa seperti Zinedine Zidane.”

“Ada perkara yang dia katakan adalah tidak betul caranya.”

 

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan