Spotify dan Barcelona sudah memuktamadkan kesepakatan tajaan jersi dan penjenamaan semula untuk 4 musim. Di mana Barcelona akan mulai memakai jersi dengan logo Spotify bermula musim hadapan.
Sebagai rekod, sebelum 2006, Barcelona sentiasa berpendirian menolak nama penaja pada jersi mereka. Namun zaman sudah berubah kerana kos operasi yang tinggi, Barcelona akhirnya memeterai perjanjian dengan penaja jersi sehingga ke hari ini.
Barcelona berdepan dengan isu pembaziran dan mismanagement dalam kewangan mereka pada era Bartomeu. Membeli pemain dengan harga terlalu besar dan menawarkan gaji tak masuk akal kepada pemain bintang mereka.
Selain itu nama Nou Camp juga akan menjadi Spotify Nou Camp untuk 4 musim bermula musim hadapan. Perjanjian ini secara keseluruhannya bernilai £235 juta untuk 4 musim.
Ini adalah pertama kali Nou Camp dijual hak penjenamannya. Segalanya diambil untuk mengurangkan beban kewangan Barcelona yang tenat sebelum ini kerana pandemik. Sehinggakan mereka terpaksa melepaskan Lionel Messi kerana akaun FFP mereka tidak sihat.
Ketika Laporta mengambil alih jawatan presiden, hutang kelab mereka adalah €1.35 billion. Bermacam langkah sudah diambil Barcelona. Termasuk melepaskan pemain bintang, kemudian mengurangkan gaji pemain dan staf.
Seterusnya, Barcelona bekerja keras mencari penaja baharu untuk memulihkan ekonomi kelab. Ketika kerajaan mengumumkan stadium kembali berpenonton, ianya sangat membantu Barcelona.
Barcelona sudah berjaya mengurangkan beban hutang mereka lebih €400 juta setakat ini menurut laporan. Dan laporan kewangan masih belum dikeluarkan.
Perjanjian dengan Spotify ini pastinya akan sangat sangat membantu Barcelona yang sebelum ini bekerjasama dengan Rakuten.
Barcelona dan Spotify menyatakan bahawa mereka bersetuju untuk mendekatkan lagi bola sepak dengan muzik.
Barcelona dan Spotify akan bekerjasama dalam banyak acara dan inisiatif yang bertemakan muzim dan bola sepak. Ini termasuk muzium seni digital yang akan mempromosikan artis tertentu.
Sports melaporkan bahawa dalam perjanjian terbaru ini, jersi Barcelona kemungkinan akan memaparkan nama artis dari seluruh dunia bukannya Spotify.
Antara artis yang mungkin akan berada pada jersi Barcelona termasuk Justin Bieber, BTS dan juga bini Gerard Pique, Shakira.
👕| Barcelona's agreement with Spotify will turn the shirt "into a space that can pay tribute to different artists from all over the world".
• The Weeknd, Shakira, Justin Bieber, Sebastián Yatra, Ludmilla, Darshan Raval, Jonita Gandhi and many more, even BTS.
Via (🟡): @sport pic.twitter.com/9Mb2yfbnOt
— Barça Buzz (@Barca_Buzz) March 16, 2022
Adakah ianya perkara baru?
Ramai menganggap perjanjian seperti ini masih belum berlaku sebelum ini dalam bola sepak. Sebenarnya pernah. Cuma tak begitu popular. Pada 2003-2005, Atletico menjalinkan kerjasama dengan Columbia Pictures.
Di mana jersi pemain mereka dijadikan billboard untuk mempromosi filem filem terbitan syarikat tersebut. Ini termasuk Spiderman 2, Peter Pan, Anaconda, Hitch, dan lain lain.
Jersi tersebut pada hari ini telah menjadi barangan kolektor yang diburu dan sangat dikehendaki kerana unik. Pastinya Barcelona juga melakukan perkara yang sama.
Barbanding dengan apa yang dilakukan Atletico, perjanjian Barcelona ini dianggap lebih berbentuk 2 hala. Di mana artis yang mereka promosikan akan turut menarik peminat dan pengikut mereka untuk mengikuti Barcelona termasuk membeli barangan sukan yang dijual.
Barcelona pula membantu mempromosikan artis mereka di kalangan peminat mereka. Rundingan ini akan lebih aktif mempromosi secara dua hala dengan kekuatan artis di media sosial.
BTS x Barcelona collab? Where the hell do I sign up. https://t.co/DFDbxcFmEy
— mikhailsd (@mikhailsd) March 16, 2022
Kenali BTS
Artis seperti BTS sangat berpengaruh dan mempunyai peminat yang sangat ramai dari seluruh dunia termasuk Shikh Saiful Rizal yang berada di Selayang. Merupakan BTS Army tegar.
BTS merupakan artis KPOP paling berpengaruh di dunia pada hari ini.
Dipetik dari sumber Wiki — BTS (Hangul: 방탄소년단; RR: Bangtan Sonyeondan) juga dikenali sebagai Bangtan Boys, ialah kumpulan yang bernaung di bawah label Hybe Corporation. Nama kumpulan ini ialah singkatan bagi Beyond The Scene dan mula diguna pakai pada Julai 2017.
Pada 12 Jun 2013, mereka menyampaikan lagu berjudul “No More Dream” dari album awal mereka 2 Cool 4 Skool yang mempromosikan penampilan sulung / debut mereka pada 13 Jun 2013.
BTS memenangi anugerah New Artist of the Year meneruai lagu “No More Dream”, termasuk di Anugerah Muzik Melon dan Golden Disc Awards 2013 dan Anugerah Seoul 2014.
Mereka menarik perhatian dengan album Dark & Wild (2014), The Most Beautiful Moment in Life, Part 2 (2015) dan The Most Beautiful Moment in Life: Young Forever (2016), dengan dua album terakhir ini memasuki carta Billboard 200 AS. The Most Beautiful Moment in Life: Young Forever memenangi anugerah Album of the Year di Melon Music Awards 2016.
Nama kumpulan ini, BTS, merupakan singkatan dari ekspresi Korea Bangtan Sonyeondan (Hangul: 방탄소년단; Hanja: 防彈少年團), yang turut bermaksud “Bulletproof Boy Scouts”. Nama itu dikonsepkan dengan pemikiran bahawa BTS akan menyekat stereotaip, kritikan, dan harapan yang mensasarkan remaja seperti peluru dan melindungi nilai-nilai dan cita-cita remaja pada masa ini.
Di Jepun, mereka dikenal sebagai Bōdan Shōnendan (防弾少年団), yang diterjemahkan sama. Pada Julai 2017, BTS ditambahkan sebagai tambahan dari Bangtan Sonyeondan atau Bulletproof Boy Scouts, nama ini juga merupakan singkatan dari “Beyond the Scene” sebagai sebahagian daripada identiti baru mereka.