Long Tiger Dibebaskan!

Seorang lelaki Rohingya yang dikenali sebagai ‘Long Tiger’ telah dibebaskan oleh polis pada hari ini.

Long Tiger telah mencetuskan kontroversi menerusi live FB dan direman kerana adanya unsur memfitnah pihak pegawai polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak.

Long Tiger yang dikenali dengan tabiatnya yang hanya akan mula bercakap selepas komen dan share yang banyak telah dibebaskan selepas keputusan oleh Majistret Zuraidah Abu Bakar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar.

Zuraidah mendapati tiada justifikasi kukuh yang dikemukakan bagi menyambung tempoh tahanan reman terhadap Long Tiger.

Pemudah berbangsa Rohingya berusia 34 tahun yang juga pemegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) itu telah ditahan sebelum ini dan direman selama lima hari sejak Selasa.

Pihak polis memohon agar reman ke atas Long Tiger dilanjutkan namun ianya tidak dibenarkan oleh Majistret.

Long Tiger direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana fitnah ke atas seorang anggota polis.

Suspek juga disahkan polis sebagai bukan warganegara Malaysia walaupun mendakwa dirinya dilahirkan di Mentakab Pahang diwakili oleh peguam Datuk Shaharudin Ali.
Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika dihubungi mengesahkan pembebasan berkenaan.

Perkembangan berkaitan

Siapa tidak kenal dengan Long Tiger. Lelaki yang menggelarkan dirinya gangster dan banyak memberikan sesi live Facebook.

Long Tiger seorang jejaka yang hanya akan bercakap jika lepas 3,000 share, itu contoh.

Selepas lama berteka-teki tentang status kewarganegaraannya akhirnya pihak polis membongkar bahawa dia adalah warga Rohingya yang memiliki kad UNHCR.

Long Tiger ditahan dan disiasat kerana memfitnah seorang pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, suspek berusia 31 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Muar pada Selasa lalu.

Sebelum ditangkap Long Tiger sempat berkongsi aksi ala IP Man di page dia.

Aksi Wing Chun yang persis Donnie Yen itu mendapat perhatian ramai pihak.

Long Tiger Kini direman lima hari kerana kesalahan memfitnah seorang pegawai polis.

Hasil siasatan mendapati Long Tiger mempunyai tiga rekod kesalahan lampau melibatkan kes ugutan jenayah pada 2009 selain kes culik dan kes rogol pada 2012.

Kesemuanya sudah disabitkan kesalahan ke atas Long Tiger ataupun Abdul Hamim.

Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata: “Suspek didapati mempunyai kaitan dengan kumpulan samseng dan polis sedang membuat siasatan lanjut.”

“Suspek juga bukan warga Malaysia seperti yang didakwa dilahirkan di Mentakab, Pahang sebaliknya adalah pemegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).”

Ayob Khan turut menepis persepsi segelintir masyarakat bahawa pemegang kad UNHCR kebal dari tindakan undang-undang.

“Tiada siapa pun kebal. Sesiapa yang membuat kesalahan tidak kira siapa pun termasuk pemegang kad UNHCR akan berdepan tindakan undang-undang negara,” katanya.

Dalam perkembangan buang berkaitan, seorang polis berpangkat koperal di Muar telah ditahan kerana merakam gambar suspek ketika dalam tahanan.

Ini bukti pihak polis tidak pilih kasih di dalam mengambil tindakan.

Merakam gambar serta video suspek ketika dalam tahanan adalah satu kesalahan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 dan kita akan buka kertas siasatan terhadap anggota berusia 37 tahun itu.

“Tiada pilih kasih walaupun kesalahan dilakukan anggota kami,” katanya.

Sebelum ini Abdul Hamim kerap berdolak dalih dengan asal usul bangsa dan mengaku bahawa dia adalah warganegara Malaysia.

Long Tiger juga pernah memperjuangkan hak untuk memberikan kerakyatan kepada warga asing yang lahir di Malaysia.

https://twitter.com/i/status/1254618693968883712

Inilah sesi terakhir Long Tiger yang mengingatkan korang semua satu perkara: