Ademola Lookman akui terkejut dan kecewa dengan kenyataan pengurus Atalanta, Gian Piero Gasperini yang menyalahkannya sebagai antara punca mereka tidak dapat bangkit lalu tersingkir dalam persaingan UCL.
Lookman masuk pada separuh masa kedua ketika aksi menentang Club Brugge pada timbal balik play off kalah mati UCL.
Dia terus mencetak gol hanya selepas seminit dimasukkan. Untuk menjadikan kedudukan 1-2 atau agregat 2-5.
Kemudian Atalanta mendapat sepakan penalti, Lookman telah memintas rakannya yang sudah dipilih untuk menjadi pelaksana penalti yang utama untuk kelab itu.
Dan jika penalti itu masuk, ia boleh menjadi titik tolak kebangkitan mereka. Malangnya, penalti itu tidak masuk.
Gasperini benar benar mengamuk dan memperlekehkan Lookman sebagai pengambil sepakan penalti paling teruk pernah dia saksikan.
“Dia nak ambil penalti selepas menjaringkan gol. Dia ambil terus bola sedangkan ada Retegui dan De Keteleare berada atas padang untuk tugasan itu. Saya tidak suka apa yang Lookman buat.
“Dia adalah penyepak penalti paling teruk pernah saya lihat. Di pusat latihan pun selalu tak masuk penaltinya,” tegass Gasperini mengecam Pemain Terbaik Afrika 2024 dan penjaring hatrik final UEL yang memberikan Atalanta piala pertama kelab itu.
Ia juga menamatkan rekod tanpa kalah Leverkusen musim lalu dalam semua pertandingan dan menafikan mereka meraih treble.
Lookman akhirnya tampil mempertahankan dirinya dan menganggap kenyataan Gasperini itu sangat mengecewakannya.
“Saya sedih pada hari seperti ini kerana terpaksa menulis kenyataan ini – paling penting kerana apa yang telah kami capai bersama sebagai satu pasukan dan sebagai sebuah bandar.”
“Dipersalahkan secara spesifik seperti yang saya alami bukan sahaja menyakitkan tetapi berasa sangat tidak dihormati, apatah lagi kerana kerja keras dan komitmen yang besar yang saya sentiasa berikan setiap hari untuk membantu membawa kejayaan kepada kelab ini dan kepada peminat luar biasa Bergamo.
“Sebenarnya, saya telah menangani banyak detik sukar sepanjang berada di sini – sebahagian besarnya tidak pernah saya perkatakan kerana pada pendapat saya pasukan mesti sentiasa dilindungi dan mesti didahulukan. Ini menjadikan apa yang berlaku semalam lebih menyakitkan.
“Bersama-sama peminat kami yang luar biasa, kami sebagai satu pasukan juga berasa sakit hati dengan keputusan malam tadi. Semasa perlawanan, pelaksana penalti yang sudah ditetapkan sendiri telah mengarahkan saya untuk mengambil penalti; dan untuk menyokong pasukan saya mengambil tanggungjawab pada masa itu untuk berbuat demikian.
“Kehidupan adalah tentang cabaran dan mengubah kesakitan menjadi kuasa yang akan terus saya lakukan,” kata Lookman.
Nampaknya Gasperini perlu menyiasat sendiri 2 pelaksana penalti yang dia sudah tetapkan, kerana telah menolak tugasan mereka kepada pemain lain.
Pada masa yang sama, perkara ini boleh meretakkan hubungan dia dengan pemain terbaik kelab itu ketika ini.
Peminat juga membandingkan layanan Gasperini ketika Retegui gagal menyempurnakan penalti sebelum ini. Di mana penalti itu menjadi punca Atalanta terpaksa bermain di play off.
Gasperini when his fellow white Italian missed a penalty.
He’s racist. pic.twitter.com/CosXwFjkne
— 𝙆𝙖𝙮™️ #HUGHESOUT (@KayLFC05_) February 19, 2025