Lothar Matthaus: Takkan Messi Menang Berbanding Lewandowski, Dia Tak Menang Apa Apa Musim Lepas

FIFA Best pada hari ini akan menobatkan pemain terbaik dunia FIFA.

Dengan tiadanya Ballon d’Or musim ini, maka FIFA Best adalah satu satunya anugerah yang mengiktiraf pemain terbaik dunia untuk edisi 2020.

3 Calon akhir yang bersaing untuk Anugerah Pemain Lelaki Terbaik ialah Lionel Messi, Cristiano Ronaldo dan Robert Lewandowski.

Legenda Jerman, Lothar Matthaus menyatakan beliau tidak akan percaya dengan FIFA lagi kalau penyerang Bayern, Robert Lewandowski gagal memenangi anugerah pada kali ini.

 

Lothar Matthus paling tak dapat menerima kalau Lionel Messi yang menang kerana menurutnya, pemain itu tidak memenangi apa apa langsung musim lalu.

Sedangkan Robert Lewandowski memenangi treble bersama dengan Bayern Munich.

Lothar Matthaus berkata: “Jika Lewandowski gagal mendapat anugerah itu esok [hari ini], maka saya tidak akan percayakan FIFA lagi.”

“Kamu dah tak boleh lakukan apa lagi seperti yang dia lakukan musim lalu. Apa lagi yang kamu boleh lakukan [untuk memenangi anugerah ini]?

“Dia memenangi segala-galanya musim lalu. Messi pula tidak menang apa apa dengan Barcelona.”

Adakah korang setuju? Dan calon mana yang korang rasa akan menang?

Berikut pula senarai penuh pencalonan akhir FIFA Best 2020.

Pemain Wanita Terbaik

Lucy Bronze (England / Olympique Lyonnais / Manchester City WFC)
Pernille Harder (Denmark / VfL Wolfsburg / Chelsea FC Wanita)
Wendie Renard (Perancis / Olympique Lyonnais

Pemain Lelaki Terbaik

Cristiano Ronaldo (Portugal / Juventus FC)
Robert Lewandowski (Poland / FC Bayern München)
Lionel Messi (Argentina / FC Barcelona)

Penjaga Gol Terbaik (W)

Sarah Bouhaddi (Perancis / Olympique Lyonnais)
Christiane Endler (Chile / Paris Saint-Germain)
Alyssa Naeher (Bintang Merah Amerika Syarikat / Chicago)

Penjaga Gol Terbaik (L)

Alisson Becker (Brazil / Liverpool FC)
Manuel Neuer (Jerman / FC Bayern München)
Jan Oblak (Slovenia / Atlético de Madrid)

Jurulatih Pasukan Wanita Terbaik

Emma Hayes (Wanita England / Chelsea FC)
Jean-Luc Vasseur (Perancis / Olympique Lyonnais)
Sarina Wiegman (pasukan kebangsaan Belanda / Belanda)

Jurulatih Pasukan Lelaki Terbaik

Marcelo Bielsa (Argentina / Leeds United FC)
Hans-Dieter Flick (Jerman / FC Bayern München)
Jürgen Klopp (Jerman / Liverpool FC)

Anugerah Puskas

Giorgian De Arrascaeta (Uruguay) – Ceara SC vs CR Flamengo (Brasileirao – Brazil, 25 Ogos 2019)
Son Heung Min (Korea Selatan) – Tottenham Hotspur vs Burnley (Liga Perdana Inggeris – 7 Disember 2019)
Luis Suarez (Uruguay) – Barcelona vs Mallorca (La Liga – Sepanyol, 7 Disember 2019)

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan