LS3: 5 Perkembangan Menarik Dalam Kutipan Mata Ke-7 Perak Di Liga Super

Selepas menewaskan Petaling Jaya City 2-0, Perak kini melonjak ke tangga ke-2 liga dengan mengumpul 7 mata, 2 mata dibelakang JDT yang meraih mata maksima dalam 3 perlawanan.

Apa perkembangan menarik dalam perjalanan pasukan ini dalam 3 perlawanan termasuk pelawanan menentang Petaling Jaya City.

Shahrul meningkat, kini 2 gol dalam 3 perlawanan

Catatan yang baik bagi seorang pertahanan tengah tempatan. Kapten Perak ini meluru dari garisan kotak penalti untuk menyerang bola dari sepakan penjuru di sebelah kanan oleh Firdaus bagi merekodkan jaringan ke-2 peribadi musim ini.

Peningkatan statistik jaringan Shahrul semakin meningkat sejak musim 2017

Pada musim 2017, Shahrul banyak diberikan peranan sebagai pemain tengah bertahan. Pemain pertahanan kebangsaan ini tidak menjaringkan sebarang gol dalam mana-mana pertandingan pada musim 2018.

Jaringan Shahrul pada musim 2019 hadir pada perlawanan ke-11 liga dan pada musim itu beliau menjaringkan 3 gol. Pada musim ini Shahrul sudah menjaringkan 2 gol dalam 3 perlawanan awal liga.

Peningkatan jaringan dan satu berita yang baik untuk pasukan Perak dan Malaysia.

Kenny dan Firdaus rombakan pertama Durakovic selepas 3 perlawanan

Pada LS1 dan LS2, Durakovic mengekalkan 11 pemain yang sama. Nasrullah di posisi penjaga gol, Azhan-Rafiuddin-Golec-Shahrul di pertahanan, Thiery-Leandro di tengah dan Shahrel-Parthiban-Guilherme-Careca di bahagian serangan.

Jika tidak kerana kecederaan yang dialami oleh Leandro dan Parthiban sudah pasti 11 pemain yang sama kekal bermain kerana itulah Mehmet Durakovic.

Kenny sudah cukup untuk perlawanan ini, mampu mengawal semua ancaman dari Barathkumar Ramaloo dan Gurusamy Kandasamy. Sementara itu Firdaus melakukan satu sepakan penjuru yang menghasilkan gol.

2 pemain yang menggantikan pemain utama yang cedera dengan baik.

Nasrullah Aziz terus mendapat motivasi

Ketika lewat pra musim Perak digosipkan akan menggunakan khidmat penjaga gol import bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh hafizul yang cedera. Penjaga gol import itu sudah tiba dan ditandatangani oleh pasukan namun diserap ke pasukan ‘pembangunan’.

Nasrullah mungkin akan melewatkan penjaga gol import, Yaren Izzet Sozer yang berada di Perak II jika terus kekal dalam pasukan yang menang

Nasrullah Aziz mendapat peluang apabila Perak menyenaraikan 5 kuota import, Golec, Thiery, Leandro, Careca dan Guilherme di skuad utama.

Nasrullah berjaya mendapat clean sheet pertama dan berada dalam pasukan yang menang 2 kali dan 1 seri. Agak melegakan walaupun merisaukan dengan berita ketiadaan Hafizul.

Rafiuddin Roddin juga berjaya menampung ketiadaan Nazirul Naim

Rafiuddin menyertai Perak pada musim 2018. Pada musim pertamanya beliau hanya bermain 1 kali dalam kesebelasan utama iaitu ketika bertemu Terengganu pada 22 Mei.

Musim seterusnya beliau hanya tampil 3 kali di liga dan 2 kali di Piala FA dalam senarai kesebelasan utama. Nazirul Naim terlalu kebal di posisi itu sejak kehadirannya.

Namun pada musim ini ketika beliau sudah berusia 30 tahun tiba-tiba peluang untuk bermain muncul. 3 perlawanan, 3 kali Rafiuddin di pertahanan kiri dan ia merupakan penampilan yang ke-9 sejak 2018 sebagai pemain yang bermula.

Rafiuddin dikatakan oleh pengulas televisyen melakukan tugas dengan baik dalam 3 perlawanan tersebut.

Guilherme mampu menampung ketiadaan Brendan Gan

Walaupun Guilherme dan Gan bukanlah pemain yang mempunyai posisi yang sama tetapi penguasaan di pocket area mampu boleh digalas oleh Guilherme.

Guilherme kerap turun kebawah bagi melakukan connection dengan  2 pemain tengah bertahan Perak sama ada dengan Leandro, Thiery Bin dan Kenny.

Penjaring 2 gol pasukan Perak ini sering turun ke bawah untuk terlibat dengan permainan pasukan

Ia memberi kelebihan dibahagian tengah kerana mampu menjadi 3 pemain di kawasan tersebut, meninggal Careca dan Shahrel di atas.

Apa cabaran Perak selepas ini

Perak akan berkunjung ke Sabah yang tewas kepada Pahang pada hujung minggu ini dan akan bertemu KT Rovers dalam saingan Piala Fa Pusingan ke-2 3 hari selepas itu.

Selepas itu saingan domestik akan berehat sehingga 4 April kerana minggu antarabangsa, walaupun tiada perlawanan antarabangsa kerana isu keselamatan berkaitan wabak Covid 19.

Adakah Perak akan meneruskan momentum baik ini dalam baki 2 perlawanan sebelum rehat?

Kredit foto: PerakTBGmy

Baca yang lain