LS4: Jaringan Memukau Azzizan Dan Jaringan Berganda Shahrel Mewarnai Perlawanan Sabah Lwn Perak.

Perak memulakan kempen liga super dengan 3 perlawanan di tempat lawan dari 4 perlawanan awal. Skuad kendalian Mehmet Durakovic ini berjaya meraih 5 mata dari 3 perlawanan tersebut.

Pada perlawanan semalam, Perak mengikat Sabah di Likas dengan keputusan 2-2 hasil dari jaringan berganda Shahrel Fikri.

Ia merupakan keputusan seri yang kedua dan baki 2 lagi perlawanan adalah menang, Perak melebihi dari apa yang sepatutnya.

Sabah 2 Perak 2

Azzizan Nordin membuka jaringan perlawanan seawal minit ke-5 dengan satu jaringan yang luar biasa. Mengambil sepakan percuma dari tepi garisan sebelah kiri menewaskan Nasrullah Aziz yang terkeluar dari posisi.

Nasrullah Aziz kini sudah tampil 4 kali selepas membuat debut di liga super musim ini

10 minit selepas itu, Perak menyamakan kedudukan selepas Guilherme melakukan hantaran dari tengah padang yang menewaskan Park Tae Soo sebelum Shahrel Fikri berjaya memperdayakan Rozaimie Rohim.

Larian bergaya Alto Linus di sebelah kiri sebelum membuat hantaran ke tengah disudahkan oleh Kassy Gnabouyou, meletakkan Sabah kembali di hadapan.

Berpunca dari 1 sepakan percuma yang diambil oleh Hafiz Ramdan, bola singgah ke kaki Guilherme sebelum disudahkan sekali lagi oleh Shahrel.

Shahrel dan Guilherme

2 jaringan Shahrel pada perlawanan tersebut meletakan penyerang kebangsaan ini sudah mengumpul 3 jaringan. 1 jaringan lagi berlaku ketika Perak mengikat Selangor (1-1) di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Shahrel kini menjadi penjaring terbanyak pasukan. Guilherme pula mengumpul 5 catatan, 2 adalah jaringan dan 3 bantuan.

Selepas 4 perlawanan, Perak telah menjaringkan 7 gol dan berikut adalah 5 pemain yang terlibat dalam jaringan tersebut.

Shahrel Fikri mula diberi peluang bermain di bahagian penyerang tengah dengan lebih kerap, dan kini menjadi penjaring terbanyak pasukan
  • 5: Guilherme (2 gol, 3 bantuan)
  • 3: Shahrel Fikri (3 gol)
  • 2: Shahrul Saad (2 gol)
  • 2: Thiery Bin (1 gol, 1 bantuan)
  • 2: Firdaus Saiyadi (2 bantuan)

Perkembangan pemain Perak

Leandro terus disisihkan kerana masih mengalami kecederaan, menurut laporan tidak rasmi pemain ini mengalami kecederaan di bahagian tulang rusuk. Kenny Pallraj kekal menggantikan pemain ini dalam 2 perlawanan berturut-turut.

Sementara itu Parthiban Janasekaran juga berada dalam senarai kecederaan, Firdaus Saiyadi tidak mengecewakan selepas menjadi sebahagian penyumbang gol pasukan dengan 2 bantuan gol.

Pemain sayap muda yang berusia 19 tahun Perak, Farid Khazali diberi peluang oleh Mehmet Durakovic dalam 2 perlawanan berturut-turut sebagai pemain simpanan yang digunakan.

Sementara itu Hafiz Ramdan menjadi pemain yang akan dimasukan dalam setiap perlawanan. Tidak lupa, pada perlawanan semalam kelibat Nazirul Che Naim mula muncul pada 9 minit terakhir.

Ia adalah kemunculan pertamanya pada musim ini.

Perkembangan pemain Sabah

Azraie Wan Teh direhatkan, penjaga utama pada musim lepas Rozaimi Rohim membuat debut 2019.

Maxius Musa tampil dalam kesebelasan utama buat kali pertama namun pemain masih belum mampu bermain secara penuh.

Kassy Gnabouyou membuka akaun jaringan selepas menyertai Sabah menggantikan Hector Ramos selepas LS1

Pemain import Dennis Buchening kembali dari kecederaan selepas tersisih dalam 2 perlawanan lepas. Buchening bermain selama 14 minit.

Rumusan

2 pasukan yang mencatat keputusan yang baik mengikut status di liga super.

Perak berada dibelakang kelompok 3 pasukan terbaik -JDT,Selangor,Kedah- kini mencatat 4 perlawanan tanpa tewas. Menang 2 kali dan seri 2 kali untuk berada di tangga 2 liga, 2 mata di belakang JDT.

Perkembangan Shahrul dan Shahrel juga merupakan berita baik untuk skuad kebangsaan pada masa akan datang, termasuk Firdaus jika pemain ini kekal terlibat dengan jaringan pasukan Perak.

5 mata dari 1 kemenangan dan 2 seri juga meletakkan Sabah mendapat keputusan yang agak baik, pasukan yang baru dipromosikan ke liga super kini berada di tangga ke-6.

Zubir Azmi yang menyertai Sabah kembali ke pertandingan utama sebagai pemain utama selepas lama tersisih kerana isu kecederaan yang panjang.

Kredit foto: Malaysia Football League