LS4: Pemain Import UiTM Jarang Mengecewakan, Kini Giliran Rabih Attaya

Frank Bernhardt percaya UiTM pasukan lebih baik berbanding PDRM sebelum sepak mula dan pengendali dari Jerman ini membuktikan beliau betul

Frank Berhardt mempunyai pengalaman besar dalam pembentukan pemain muda ketika bersama Malaysia bawah umur

“Sudah tentu saya gembira dapat memungut tiga mata tetapi ia sememangnya dijangkakan.

“Dua perlawanan sebelum ini kami berdepan pasukan mantap tetapi bagi perlawanan dalam zon penyingkiran ini, kemenangan ini amat penting.

“Ia amat bermakna buat kami untuk memecah kebuntuan kemenangan,” kata pengendali dari Jerman itu kepada Nadi Arena

2 pasukan paling lemah di Liga Super 2020

Melihat senarai penuh pemain dari 2 pasukan ini berbanding 10 lagi pasukan lain, UiTM dan PDRM merupakan pasukan paling lemah di Liga Super.

Pasukan yang hanya diperkuatkan oleh sumber pemain dari jabatan dan intitusi awan. PDRM hanya mampu mendapatkan khidmat 3 pemain import dan UiTM 4 dari 5 kuota yang dibenarkan.

Separuh dari skuad PDRM datang dari pemain agensi tersebut, lebih kurang 14-15 pemain.

Kedua-dua pasukan berjaya mendapatkan beberapa pemain dari luar seperti Haziq Aris, Shahrul Igwan Samsudin, Bryan See, Farid Nezal, Asri Mardzuki, Khuzaimi Piee dan Surendran Ravindran.

Namun senarai pemain ini belum meberi kesan yang signifikan kepada pasukan masing-masing. Majoritinya hanya berada di bangku simpanan.

UiTM lebih baik

PDRM hanya mampu menghasilkan 1 percubaan tepat dalam setiap perlawanan sebelum turun menentang UiTM. Skuad kendalian Berhardt pula sudah melakukannya 10 kali, lebih 3 kali ganda dari pasukan lawan.

Motivasi menjaringkan gol ketika bertemu 2 pasukan besar JDT dan Kedah dibawa ke perlawanan ini, ketika PDRM gagal menjaringkan sebarang gol dalam pertemuan menentang Sabah dan JDT.

Akhirnya UiTM berjaya menjaringkan 3 kali dan PDRM 1 kali pada pertemuan semalam.

3 jaringan UiTM dari situasi bola mati

2 gerakan awal yang dicetuskan oleh Rabih Attaya pada 10 minit pertama hampir memberi pendahuluan awal kepada UiTM. Percubaan ke-3 darinya dari sepakan percuma diluar kotak penalti akhirnya diterjemahkan kepada jaringan.

Berpunca dari sepakan percuma sekali lagi, UiTM dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil perlawanan, Nazmi Nasaruddin. Gustavo Almeida melebarkan pendahuluan menjadi 2-0.

Gustavo Almeida menjaringkan gol ke-2 dalam pertemuan menentang PDRM, merupakan jaringan ke-2 peribadi musim ini

UiTM mendapat jaringan ketiga dari sepakan penjuru dari Attaya yang disudahkan oleh Zulkifli Zakaria.

Percubaan jauh dari Safiee Ahmad muntah dari dakapan Azfar Arif sebelum disambar oleh Eskandar Ismail, memberi gol saguhatiu kepada PDRM.

Rabih Attaya seorang ‘maestro’?

UiTM jarang mengecewakan dalam urusan membawa masuk pemain import walaupun hanya berstatus pasukan kecil. Kali ini kelibat Attaya tampil dengan gaya seorang maestro pasukan.

Banyak melakukan gerakan kunci pasukan, mempunyai kualiti hantaran akhir dan pengambil utama sepakan bola mati.

Adakah pemain yang berusia 31 tahun ini akan diintai oleh pasukan lain sekali lagi? Sebelum ini Marcel mendapat perhatian Terengganu, sebelum itu nama seperti Do Hyun dan Akkani Sunday juga mencuri tumpuan walaupun hanya bermain di Liga Perdana.

Rabih Attaya seudah merekodkan 1 jaringan dan 2 bantuan gol. Tidak lupa berjaya mencetuskan 1 sepakan penalti kepada pasukannya.

Selepas 4 perlawanan, 5 jaringan UiTM, 3 darinya berpunca dari pemain tengah sisi yang berasal dari Lubnan ini. Tidak lupa 1 gol beliau hadir dalam pertemuan semalam.

  • 3: Rabih Attaya (1 gol, 2 bantuan)
  • 2: Gustavo Almeida (2 gol)
  • 1: Victor Nirrenord (1 gol), Zulkifli Zakaria (1 gol), Afif Zabawi (1 bantuan), Shafiq Hafiz (1 bantuan)

Sementara itu PDRM masih belum mempunyai pemain serangan yang menonjol walaupun mempunyai German. Namun pemain pertahanan sisi mereka Eskandar Ismail agak mencuri tumpuan.

  • 2: Eskandar Iskandar (1 gol, 1 bantuan)
  • 1: Antonio German (1 gol), Shafiee Ahmad (1 bantuan)

 

Baca yang lain