Luahan Nam Ron Tentang Wayang Sial: Minggu Pertama Panggung Ambil 50%, Kedua 60%. Ketiga 70%

Pelakon sensai tanah air, Nam Ron telah bersuara tentang kisah sial dalam industri wayang di Malaysia.

Menurutnya, pada minggu pertama panggung wayang akan mengambil 50% daripada hasil kutipan sesebuah filem. Diikuti 60% daripada minggu berikutnya dan 70% bermula minggu ketiga dan seterusnya.

Ini diburukkan lagi dengan pengambilan 25% oleh kerajaan daripada keseluruhan kutipan filem tersebut.

Menerusi Facebooknya, Nam Ron menulis:

Kisah wayang sial tak ramai yang tahu.
Sebuah filem ditayangkan di panggung wayang.
Minggu pertama, panggung wayang mengambil 50% dari kutipan
Minggu ke dua, panggung wayang mengambil 60% dari kutipan
Minggu ke tiga dan seterusnya, panggung wayang mengambil 70% dari kutipan
Kerajaan mengambil 25% dari keseluruhan kutipan.
Orang ramai terhibur menonton wayang.
Panggung wayang senang senang buat untung.
Kerajaan tak kisah yang penting cukai 25% tak boleh kurang.
Penerbit buat kira kira baki kosong kosong
Itulah kisah sial diluahkan penerbit filem yang ramai orang tak tahu. Anak wayang terus ditekan kiri kanan depan belakang.

Status tersebut mendapat perhatian daripada ramai pihak. Malah sudah dikongsi lebih 1,400 kali.

Namun kenyataan Nam Ron itu disanggah seorang warga Twitter. Dia menyatakan bahawa dia kecewa apabila pelakon senior seperti Nam Ron menyampaikan kenyataan yang kurang tepat.

Pengguna Twitter bernama Isaac berkata:

Panggung untung gileerr 50% “macam tu je”, tak kesian ke pihak studio?

Eh sundal. Ko ingat cinema ni charity ke apa. Film production perlukan duit, operate cinema tak perlu duit ke?

Ini adalah bebenang geram.

Screen tu berapa ratus ribu satu ko tau tak. Mesin projector tu ko ingat kutip tepi jalan ke. Mesin ekiosk tu ko ingat jatuh dari langit?

Seat cinema tu ko ingat dari gudang warehouse clearance sales ke? Cinema facility tayah duit ke?

Yang bikin website & IT system semua tu siapa nak bayar? Gaji staf siapa nak bayar? Maintenence siapa nak bayar?

Cer tanya kedai mall sewa dia berapa. Panggung tu dah la besar. Ko ingat sewa sepuluh hinggit?

Aircond siapa nak bayar. Bil lektrik siapa nak bayar. Bil air siapa nak bayar. Marketing? Operation cost? IT cost? Technicians? Programmers? Administrators? Cleaners? Kitchen staff? Stewards? Maintenence?

Ni bisnes. Sape x nak untung. Tapi xyah la cakap sampai pawagam songlap duit macam tu. Banyak benda orang x tau.

Filem ni syukur a boleh jual. Yang filem takde orang tengok tu hanya seorang je dalam hall tu, cinema kena tayang jugak. Habis cost rugi tu xde pulak orang kesian.

Baca yang lain