Luangkan Masa Menghargai 50 Gol Pertama Mo Salah Di Anfield

Mohamed Salah bukanlah nama asing bagi peminat bola sepak dunia apatah lagi di kalangan penyokong Liverpool.

Kalau penyokong Liverpool tak kenal Mohamed Salah, aku tak taulah nak cakap apa lagi.

Beliau yang menggemari gaya rambut inspirasi daripada kumpulan legenda Alleyecats telah menjadi bakat elit dalam bola sepak dunia pada hari ini.

Mohamed Salah ditandatangani dari AS Roma pada 2017 dengan nilai £34 juta. Harga yang ketika itu dianggap mahal untuk pemain yang ada pihak skeptikal menyatakan Salah cumalah Lingard berkaki kiri.

Namun, hari demi hari, semakin power si Salah ni. Dan beliau menapau hampir kesemua hadiah individu pada musim pertamanya di Liverpool. Daripada pemain terbaik PFA England, sehinggalah ke Pemain Terbaik Afrika, Salah juga menjadi pemenang kasut emas EPL 2 musim secara konsekutif.

Di peringkat global, Salah berjaya menempatkan diri sebagai 100 manusia paling berpengaruh di dunia, diiktiraf oleh TIME.

Itu belum cerita lagi kisah Mo Salah berjaya meraih jutaan undi rakyat Mesir yang meletakkan namanya sebagai calon presiden ketiga sebelum ini. Mereka letak collum tu sendiri. Tak kisah undi rosak, janji ada Mo Salah.

Pemain yang kini merupakan Raja Mesir telah dinobatkan dengan jawatan Pemangku Raja Anfield ini sedang berusaha untuk mendapatkan status itu secara tetap, sebagai Raja Anfield yang baharu.

Status Raja itu sudah lama belum ada sejak dikosongkan oleh Baginda Raja Steven Gerrard yang sudah bersara.

Mohamed Salah sangat cepat menjadi kegemaran di Anfield kerana kelajuan dan kejituan di hadapan gol. Beliau juga memiliki personaliti yang disenangi seperti Fattah Amin.

Sehinggakan beliau diabadikan dengan lagu yang catchy Mo Salah running down the wing.

Malah, burung kakak tua ini pun turut meluangkan masa kursus nyanyian demi Mo Salah.

Salah dikenali dengan rekod unik beliau ketika di Anfield. Di mana setakat ini Mo Salah sudah menjaringkan 51 gol daripada 60 penampilannya.

Walaupun digelar orang Mesir tamak, Salah telah secara rendah diri menyumbang 18 assist tanpa pengkritik membuta tuli perasan akan statistik itu. Itu assist di Anfield sahaja.

Lalu, kelab yang berpangkalan di England iaitu Liverpool memberikan penghargaan dengan video khas untuk para rakyat Liverpool FC di seluruh dunia meluangkan masa melayan 50 gol pertama Mohamed Salah di Anfield setakat ini.

Selepas anda melayan gol tu, korang share la sikit, mana satu gol yang anda paling sukai.

Baca yang lain