Luar Biasa Giroud Apabila Bertemu Aston Villa, 9 Perlawanan 9 Gol

Minggu ini Chelsea menang 2-1 ke atas Aston Villa bagi mengukuhkan tempat ke liga juara eropah.

Bagaimanapun pasukan itu terlebih dahulu dikejutkan oleh jaringan awal Villa melalui Kortney Hause 2 minit sebelum tamat babak pertama.

Christian Pulisic menyamakan kedudukan selepas 15 minit babak kedua bersambung dan Oliver Giroud menghadiahkan gol kemenangan 2 minit selepas itu.

Disebalik jaringan itu, Giroud mempunyai momen luar biasa apabila bertemu Villa.

Dia mengumpul 9 gol dalam 9 perlawanan sama ada ketika bersama Arsenal atau Chelsea. Bagaimana Giroud melakukannya.

2012/13: 2 PERLAWANAN (0 GOL)

Arsenal memenangi persaingan untuk mendapatkan Oliver Giroud dan pemain ini menyertai kelab itu pada 26 Jun 2012 dengan harga £ 9.6 juta.

Pada 24 November tahun yang sama, Arsenal turun menentang Aston Villa dalam saingan liga.

Ketika itu Arsenal berada ditangga ke-6 dan Villa bergelut di zon penyingkiran -kedudukan 17-, Giroud berpasangan dengan Lukas Podolski di bahagian serangan.

Keputusan berkahir dengan seri tanpa jaringan. Itulah perlawanan pertama Giroud bertemu Aston Villa.

Selepas itu Aston Villa bertandang ke Stadium Emirates bagi melengkapkan perlawanan ke-2 liga.

Arsenal kekal berada di kelompok 5 teratas dan Villa juga masih bergelut di zon penyingkiran.

Skuad Arsene Wenger menang 2-1 hasil jaringan berganda dari Santi Cazorla.

Giroud bermain sepenuh masa tetapi belum membuka akaun jaringan apabila menentang Villa.

Apabila tamat musim, Arsenal menamatkan kedudukan di tangga ke-4 dan Villa terselamat dan kekal di liga teratas apabila berada di tangga ke-15.

Jumlah: 2 perlawanan (0 gol)

2013/14: 2 PERLAWANAN (2 gol)

Giroud mungkin tidak mahu mengingati jaringan pembukaan menentang Villa. Debut jaringannya gagal membantu pasukannya. Arsenal tewas 1-3.

Walaupun mendahului seawal minit ke-6 perlawanan melalui jaringannya, Villa memalukan Arsenal di hadapan penonton sendiri melalui prestasi cemerlang dari Christian Benteke.

2 jaringan penyerang Belgium itu memadam jaringan pendahuluan Giroud dan Antonio Luna memberi kemenangan bergaya Villa.

Giroud membalas kekecewaan itu apabila berjaya memberi kemenangan pada perlawanan ke-2 di Villa Park melalui 1 jaringannya dalam kemenangan 2-1.

Sekali lagi Arsenal menamatkan kempen di tangga ke-4 dan Villa di tangga ke-15.

Jumlah: 4 perlawanan (2 gol)

2014/15: 2 PERLAWANAN (2 GOL)

Giroud tidak disenaraikan dalam kesebelasan utama malahan namanya juga tidak berada dalam bangku simpanan pada perlawanan pertama.

Arsenal menang 3-0.

Penyerang Perancis itu muncul ketika pasukannya membelasah Villa 5-0 pada perlawanan ke-2.

Giroud menjaringkan gol pembukaan sebelum Mezut Ozil, Theo Walcott, Santi Cazorla dan Hector Bellerin menambah luka Villa.

Ia merupakan kemenangan terbesar Giroud menentang pasukan itu.

Pentas terbesar melibatkan Giroud lawan Villa berlaku pada 30 Mei 2015. Mereka bertemu di perlawanan akhir Piala FA.

Arsenal menang mudah 4-0 dan Giroud merakam gol terakhir pada minit 90.

Sementara itu di liga Arsenal menamatkan kempen di tempat ke-3 dan Villa masih terselamat apabila berada di tangga ke-17.

Jumlah: 6 perlawanan (4 gol)

2015/16: 2 PERLAWANAN (4 GOL)

Musim dimana Arsenal semakin kuat, turun menentang Villa ketika mereka berada di puncak liga dengan rekod menang 11 kali dari 15 perlawanan terakhir.

Arsenal menang 2-0 di Villa Park hasil penalti dari Giroud dan Aaron Ramsey.

Momen terbaik Giroud mungkin berlaku pada perlawanan ke-2 apabila dia meledak hatrik ketika Arsenal membelasah Villa di Emirates.

Ia merupakan hatrik pertama penyerang Perancis itu di liga perdana dan yang ke-37 dalam sejarah Arsenal.

Arsenal menamatkan kempen di tangga ke-2 dan Villa tersingkir ke championship selepas berada di tangga tercorot.

Jumlah: 8 perlawanan (8 gol)

2019/20: 1 PERLAWANAN (1 GOL)

Tiada perlawanan melibatkan Giroud lawan Aston Villa selama 3 musim.

Sekembali Villa ke liga perdana pada musim ini, Giroud sudah berada di Stamford Brigde sebagai penyerang simpanan.

Giroud tidak bermain pada perlawanan pertama. Chelsea menang 2-0 melalui jaringan Tammy Abraham dan Mason Mount.

Namun pada perlawanan minggu ini, Chelsea turun bersama Giroud dan menang 2-1. Salah satu gol dijaringkan oleh Giroud.

Ia merupakan perlawanan ke-100 Frank Lampard sebagai pengurus dan sebelum perlawanan, Giroud pula menjaringkan gol dalam semua 6 pertemuan terakhirnya menentang Villa.

Dia mengumpul 8 gol dalam tempoh tersebut.

Jumlah: 9 perlawanan (9 gol)

RUMUSAN

Giroud mengekalkan rekod luar biasanya apabila menentang Aston Villa, 9 gol dari 9 pertemuannya.

8 perlawanan liga dan 1 perlawanan Piala FA. 8 jaringan liga dan 1 gol Piala FA.

Baca yang lain