Luca Toni Dedahkan Van Gaal Panas Baran Dan Pernah Tunjuk Telur

Luca Toni mendedahkan bahawa Louis Van Gaal seorang yang panas baran dan pilih kasih.

Louis van Gaal dianggap sebagai salah seorang jurulatih terbaik dalam bola sepak moden. Dan dikenali dengan gaya pengurusan yang pelik dalam memberikan motivasi kepada pemain.

Van Gaal pernah mengendalikan Bayern Munich. Di mana dia diminta untuk menggantikan Ottmar Hizfeld pada 2009. Nama Luca Toni antara nama yang popular di Bayern pada masa itu.

Luca Toni menjaringkan 38 gol dalam 56 aksi Bundesliga dalam 2 musim terakhir, ketika Van Gaal tiba. Prestasi tidak menentu Bayern di bawah Hitzfeld membuatkan kelab itu melantik Van Gaal.

Dan hubungan Van Gaal dengan Toni menjadi sangat toksik. Luca Toni sendiri mengakui dia dan Van Gaal pernah hampir bertumbuk kerana tidak ngam.

LVG tidak puas hati dengan sikap Toni ketika perjumpaan dan sesi makan pasukan. Ianya gara gara Toni duduk sambil membongkok di atas kerusi ketika makan, sambil scroll telefon dan menonton netflix.

Van Gaal tidak gembira melihat posisi malas Toni di atas kerusi makan itu lalu pergi ke belakang Toni dan menarik telinganya agar dia duduk tegak.

Toni menganggap cara itu sebagai biadap. Dan dia terus tidak suka dengan Van Gaal. Toni berkata: “Cara Van Gaal melayan pemain pemain utama adalah tidak beradab sebagai seorang manusia.”

Sejak insiden duduk membongkok itu, Van Gaal terus tidak sukakan Toni. Walaupun pemain itu adalah penggempur utama pasukan mereka.

Pada September 2009, Van Gaal mengarahkan Luca Toni bermain 2 perlawanan untuk FC Bayern II, pasukan belia Bayern yang bermain di divisyen ketiga. Ketika itu dia baru pulih daripada kecederaan tendon.

Toni sangat kecewa beraksi di hadapan 2,000 orang sahaja penyokong. Dan juara Dunia 2006 itu terpaksa bermain di stadium tua yang padangnya tidak rata.

Bukan itu sahaja, Van Gaal tidak suka dengan imej Luca Toni yang dianggap sebagai playboy di Bayern.

Hubungan kedua dua mereka menjadi sangat dingin. Pada November 2009, Toni dikenakan tindakan kerana telah meninggalkan stadium lebih awal selepas dia dikeluarkan ketika aksi melawan Schalke.

Toni didenda dan digantung daripada tugasan pada masa itu. Toni menjelaskan dia sangat tertekan kerana pengurusnya pada masa itu seorang yang salah guna kuasa.

“Dia memang ada masalah dengan panas baran dan melayan pemain pemain dengan cara tak betul. Dia adalah seorang kuku besi kecuali dengan beberapa kelompok orang Belanda kat sana.

“Van Gaal jelas sekali memang tak nak bekerjasama dengan saya. Dia melayan pemain seperti objek yang boleh ditukar ganti. Coach memberikan mesej jelas kepada semua pemain, dia boleh sisihkan sesiapa sahaja kerana dia ada telur untuk berbuat begitu [di Bayern]. Dan dia berdiri di hadapan pemain pemain melabel dia seorang je ada telur dan pemain pemain yang ada tak ada telur macam dia.

“Kemudian dia benar benar menayangkan telurnya kepada semua orang. Dia buka selur dia, dan saya rasa itu benar benar gila. Tapi dia ada perut yang besar, jadi tak nampaklah telur dia masa tu. Lagipun saya duduk di barisan belakang.”

Luca Toni memang tak suka dengan Van Gaal kerana dia seorang yang teruk menurutnya.

Insiden tunjuk telur itu pernah dikongsikan oleh Mark Van Bommel kepada wartawan pada 2015.

Van Bommel yang menjadi kapten Bayern ketika era Van Gaal berkata: “Pemain pemain Jerman tidak faham apa yang dia cuba sampaikan. Dia menukar 2 pemain selepas minit ke-55. Dan dia mahu jelaskan kenapa dia berbuat demikian.

“Dia cuba mencari ayat yang tepat dan penjelasan di atas pertukaran yang dia buat. Dia fikir ‘ok, saya dah dapat idea untuk terangkannya’. Lalu dia londehkan seluarnya tunjuk telurnya.

“Kemudian semua orang pun bergelak ketawa.”

Walaupun bagi Toni, Van Gaal seorang yang teruk, Van Bommel pula menganggap cara Van Gaal itu berkesan. Ego yang ada pada Van Gaal diperlukan untuk ‘mencuci’ pemain pemain Bayern yang ketika itu ramai yang besar kepala.

Buktinya, Bayern mara ke final UCL pada tahun tersebut, dan menjuarai Bundesliga. Pada era Van Gaal juga muncul nama seperti Thomas Muller yang menjadi bakat luar biasa dengan peranan Raumdeuter diwujudkan dan disesuaikan Van Gaal dengan karakter dan gaya permainan Muller yang unik.

Van Bommel menambah: “Dengan Van Gaal di Bayern, dia mahu mengubah budaya bola sepak Jerman menjadi Belanda. Van Gaal seorang pengurus yang kamu tak mudah untuk bekerjasama, namun jika kamu benar benar ada hujah yang bagus ketika berdebat dengannya, maka dia akan dengar.”

Tetapi Toni tetap tidak sehaluan dengan Van Gaal. Dia kemudian meninggalkan Allianz Arena untuk menyertai Roma secara pinjaman pada Januari 2010 sebelum dia mencapai kesepakatan untuk penamatan kontrak.

Van Gaal kemudian meninggalkan Bayern pada 2011 kerana tidak sehaluan dengan presiden kelab Uli Hoeness.

Van Gaal memang tak suka dengan Hoeness yang dianggap suka campur tangan kerja pengurus. Dan pada masa yang sama suka membuat kenyataan media yang mengarut ngarut serta mengganggu fokus pasukan.

Selepas dipecat oleh Bayern, Van Gaal berkata: “Karakter kami berdua tidak ngam. Dan hidup saya terlalu pendek untuk meluangkan masa dengan seorang dua atau tiga orang yang tak sama kepala dengan saya.”

Mujur Van Gaal tak tunjuk telur dia kat Hoeness masa tu.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai