Luca Toni: “Ini Dia, Guardiola, Perosak Bola Sepak Dengan False 9 Dia”

Luca Toni telah bergurau dengan Guardiola dengan menyatakan bahawa false 9 ciptaannya membuatkan dia tak dapat kelab selama 4 tahun.

Ini kerana ketika itu ramai pengurus yang mulai mencari false 9 atau penyerang yang lebih laju bukannya target man klasik.

Guardiola mencipta taktikal digelar media sebagai tiki taka bersama Barcelona. Menjadikan ramai penyerang lincah berbadan kecil mulai menjadi dambaan pengurus.

Luka Toni secara beerseloroh memperjuangkan nasib target man klasik. Dia berkata: “Pep kamu telah menjahanamkan bola sepak dengan false 9. Sebab kamu saya tak dapat cari pasukan selama 4 tahun. Biar betul.

“Boleh tak kami kata yang kamu hanya guna false 9 dengan Messi? Adakah kamu memang tak suka center forward klasik?”

Guardiola tergelak dan mempertahankan dirinya dengan berkata bahawa di Man City dia menggunakan Erling Haaland sebagai target man.

“Saya ada la pakai [Center Forward klasik], Erling Haaland, dia jaringkan 60 gol. Kami menang treble dengan penyerang itu. Namun center forward itu kenalah bagus, faham?”

Luca Toni membalas: “Oklah, tetapi hentikanlah false 9 sekarang. Pakai center forward yang besar lagi bagus.”

Pep Guardiola minggu ini berada di Itali. Dan sebelum ini dia sempat menyatakan kekagumannya dengan negara itu terutama sekali Roberti Baggio.

Dia sempat berkata: “Saya akan kembali ke Itali menjadi jurulatih dengan syarat, Roberto Baggio menjadi pembantu saya.”