Lucas Ocampos, Winger Skor, Kemudian Jadi Keeper Selamatkan Percubaan Keeper Lawan

Dalam bola sepak banyak je kisah menarik untuk dikongsi.

Salah satu daripadanya adalah yang berlaku pada hari ini. Di mana pemain sayap Sevilla Lucas Ocampos menjadikan perlawanan menentang Eibar adalah miliknya.

Selepas menjaringkan gol pada minit ke-56, Lucas Ocampos telah menamatkan aksi Sevilla dengan Eibar dengan penuh kegilaan.

https://twitter.com/i/status/1280258134922018817

Di mana beliau telah menjadi penjaga gol dan melakukan satu save di atas garisan gol pada minit ke-100 perlawanan.

Sevilla sudah menggunakan kesemua lima pertukaran di dalam perlawanan ini.

Penjaga gol Sevilla, Tomas Vaclik kemudian mengalami kecederaan. Pemain antarabangsa Argentina, Lucas Ocampos kemudian menjadi penjaga gol pada baki 4 minit perlawanan.

Beliau kemudian menambahkan lagi aksi heroic beliau dengan save luar biasa.

Lebih menarik, percubaan bahaya itu adalah menerusi penjaga gol Eibar iaitu Marko Dmitrovic yang naik ke atas pada masa kecederaan.

Save itu secara langsung berjaya menyelamatkan gol kemenangan beliau daripada disamakan oleh pasukan lawan.

Terus Ocampos menjadi matchwinner dengan gol tunggal hasil daripada save luar biasa.

Maka tak hairanlah Ocampos menjadi pemain terbaik dalam perlawanan ini.

Segalanya berkaitan dengan beliau. Dia yang menjaringkan gol, dan dia menafikan pasukan lawan daripada menyamakan kedudukan.

Ocampos selepas tamat perlawanan menyatakan: “Ia memang detik agak pelik.”

“Kekadang saya saja main main menjadi penjaga gol ketika latihan. Tapi saya tak pernah imagine langsung yang saya akan menjadi penjaga gol yang menyelamatkan pasukan saya pada minit akhir.”

“Jurulatih penjaga gol memberitahu saya untuk tidak keluar daripada depan gawang untuk mengelak kesilapan. Dan bola itu menuju ke arah saya. Kemudian saya berjaya melakukan save.”

“Kita tahu kemenangan pada hari ini sangat penting untuk pasukan kita.”

Jom saksikan detik itu di sini:

 

Ocampos kemudian memuat naik momen itu di media sosial beliau.

Ia telah mendapat banyak respon yang penuh kekaguman di atas kecemerlangan beliau. Perlawanan yang akan diingati untuk selamanya.

Penjaga gol Eibar juga memuat naik momen tersebut dan agak kesal kerana tak mampu membantu pasukannya mendapatkan satu mata pada saat akhir.

Baca yang lain