Lucas Perez telah menulis satu kisah kecintaan luar biasa kepada kelab dalam bola sepak.
Bekas penyerang Arsenal itu sebelum ini menyertai Deportivo La Coruna dengan menebus kontraknya sendiri pada Januari lalu.
Perez membayar €493k kepada Cadiz, sebagai bayaran perpindahan yang diminta untuk membolehkan dia menyertai Deportivo.
Ini kerana kelab tersebut tidak ada wang untuk membayar yuran perpindahannya akibat tekanan ekonomi selepas pandemik. Di mana bebanan hutang kelab sangat tinggi.
Perez sanggup meninggalkan La Liga dan beraksi di divisyen ketiga Sepanyol. Dengan harapan dia akan dapat membantu kelab itu naik ke divisyen kedua.
🔵 Incredible scenes as 80,000 fans gathered to support Deportivo de la Coruña before their crucial match on Sunday, where victory meant promotion to the Spanish second division! 😱
➡️Former Arsenal striker Lucas Pérez scored the winning goal.
WHAT A STORY! 😳#deportivo pic.twitter.com/nWMZbqUEzm
— Football.com (@Footballcomglob) May 13, 2024
Pada minggu lalu. dia menjaringkan salah satu gol terpenting dalam sejarah kelab. Gol yang membantu Deportivo naik ke Segunda Division yang merupakan divisyen kedua dalam Liga Sepanyol.
Lucas Perez melakukan sepakan percuma ketika berdepan Barcelona Atletic [pasukan pembangunan Barca]. Dan bola masuk diraikan oleh peminat mereka.
Kisah Anak Nelayan yang sayangkan Deportivo La Coruna
Lucas Perez hanyalah anak seorang nelayan. Ayahnya jarang berada di rumah kerana meluangkan masa di lautan. Dia kerap tinggal bersama datuk dan neneknya di A Coruna.
Datuk dan neneknya peminat tegar Deportivo La Coruna. Jiwa itu diwariskan kepada cucu mereka bernama Lucas Perez.
Untuk mengejar impian menjadi pemain bola sepak, memerlukan dia berkorban. Dia bangun lebih awal daripada anak anak lain sebaya dengannya – itu yang dipesan oleh atoknya.
Dia perlu meninggalkan rumah untuk tinggal di asrama akademi sejak dari kecil lagi kerana impian itu. Dia bukannya anak orang berduit yang terus boleh mencari akademi elit pada usia kecil.
Dia perlu melalui sistem paling asas dalam pembangunan bola sepak di Sepanyol.
Dia berjaya diterima masuk di beberapa akademi di kampungnya. Seterusnya dia berpindah ke Basque. Dari situ dia diterima masuk ke akademi Atletico Madrid. Dan berpindah lagi ke satu lagi akademi iaitu Rayo Vallecano. Kelab yang kemudian memberikan dia debut senior.
Dia dipinjamkan ke kelab Ukraine dijual ke kelab Greece, PAOK. Sebelum kembali ke ‘rumahnya’, Deportivo La Coruna. Malangnya musim pertama di Coruna dia dilanda kecederaan.
Dia kembali ke padang masa yang tepat. Menjaringkan gol gol penyamaan di Nou Camp menentang Barcelona untuk menyelamatkan kelab itu daripada penyingkiran.
Pada musim berikutnya, dia menjadi penjaring terbanyak musim tersebut untuk Deportivo dengan 17 gol. Dan kariernya mendapat perhatian banyak kelab termasuk Arsenal. Lucas Perez menyertai Arsenal. Ketika itu Arsenal pada fasa peralihan yang sukar.
Malangnya, dia kurang menjadi di Arsenal. Pulang semula ke Deportivo untuk tempoh pinjaman. Mereka tersingkir ke Liga Segunda.
Terus gagal mendapat tempat di Arsenal, Lucas Perez menyertai satu lagi kelab London, iaitu West Ham.
Dia seterusnya kembali semula ke Sepanyol menyertai Alaves, Elche dan Cadiz. Kesemua kelab itu di liga utama.
Anak jati kembali ke Coruna
Hatinya masih lagi bersama Deportivo. Melihat kelab itu bergelut untuk naik semula ke Segunda. Dia memberitahu Cadiz: “Saya mahu pulang ke rumah saya semula.”
Pada masa itu dia menjadi penjaring terbanyak Cadiz. Kelab memberitahu, mereka tidak akan melepaskan dia secara percuma. Namun sedia menerima bayaran paling rendah yang mereka boleh.
Selepas berbincang antara 3 pihak, Perez, Cadiz dan Coruna, akhirnya Cadiz menetapkan harga hampir setengah juta Euro.
Perez yang tidak mahu menyusahkan kelabnya yang masih dibelenggu masalah kewangan, telah memutuskan untuk mengeluarkan wang dia sendiri untuk membayar €493,000.
Lucas Pérez decidió irse de Cádiz, equipo de Primera, para marcharse a Deportivo La Coruña, que milita en Tercera. Puso € 493.000 para pagar su cláusula ¿Por qué tomó la decisión? Su explicación es hermosa. Hoy facturó el gol del ascenso a Segunda ❤️ pic.twitter.com/yGsxLHHl5Z
— VarskySports (@VarskySports) May 12, 2024
Dia mengorbankan gajinya yang jauh lebih besar. Segala keputusan yang dia buat adalah kerana lencana di dada yang dia sayangi! Ianya kerana cinta semata mata.
Dia merasakan ini adalah peluang terakhir dia mampu membantu kelab itu keluar daripada divisyen ketiga setelah 4 tahun berada di sana. Perez sudah berada di fasa akhir kariernya.
Tidak ramai yang boleh melakukan pengorbanan itu, namun Perez antara yang boleh melakukannya.
Ketika dia menyertai Deportivo La Coruna, kelab itu di kedudukan keenam dalam Divisyen 3. Kelab yang pernah menjadi giant killer pada era lewat 90-an dan awal 2000-an. Pasukan yang digelar Super Depor menjadi kelab digeruni di La Liga dan juga di Liga Juara Juara Eropah.
Saya datang untuk membantu – Lucas Perez
Dia memberitahu kawan kawannya bahawa dia kembali. Budak yang berusia 4 tahun dahulu yang bermain dengan rakan rakannya di perkampungan Coruna sedia kembali membantu kelab itu.
“Saya bukan bintang. Saya cuma Lucas, orang yang sama dari Monelos dulu. Saya masih orang yang sama. Saya tidak datang ke sini untuk menyelamatkan sesiapa. Saya cuma datang ke sini untuk membantu.
“Tiada apa yang luar biasa. Ini hanyalah kepulangan seorang anak jati ke kampungnya, tempat yang saya sentiasa mahu berada. Saya tidak sangka ianya akan berlaku dengan cara ini. Tetapi tak kisahlah, saya dah kembali,” kata Perez.
Ditanya bagaimana dengan wang yang dia korbankan. Dia membiayai sendiri kepulangannya dan menerima gaji sangat rendah.
Perez berkata: “Saya tak pernah kisah pasal wang.”
Dan akhirnya dia benar benar membantu Deportivo La Coruna kembali ke Liga Segunda. Langkah penting dalam usaha mereka mahu kembali ke La Liga.
Last January, Lucas Pérez left LALIGA side Cádiz to sign for his hometown club Deportivo de La Coruña in the third division to help bring them back to LALIGA.
He paid €493k, half of the transfer fee, out of his own pocket to make the move happen.
This weekend, he scored the… pic.twitter.com/dS9adcTvO7
— ESPN FC (@ESPNFC) May 13, 2024
Gol sepakan percuma itu bukan sahaja gol yang membantu mereka naik ke liga kedua. Sebaliknya gol itu dilakukan dengan adunan cinta, kasih sayang seorang anak jati Coruna.
🇪🇸✨ Lucas Pérez left La Liga side Cadíz to join his local side Deportivo… he used his own salary to make the move happen.
He wanted to get them out of the 3rd division and yesterday he scored the goal to get them promotion.
This is football. ❤️👏pic.twitter.com/R7EBCxoFoT
— EuroFoot (@eurofootcom) May 13, 2024