Luciano Figueroa Stand! Rasminya Lucho Legenda Pertama Dijenamakan Pada Stand Stadium Sultan Ibrahim

Pemilik JDT, Tunku Ismail Idris (TMJ) hari ini merasmikan tempat duduk, Luciano Figueroa Stand di dalam stadium baharu JDT iaitu Stadium Sultan Ibrahim.

Ianya secara ramai menjadi tempat duduk pertama di Stadium Sultan Ibrahim yang dijenamakan sempena nama legenda pasukan.

Majlis yang bersejarah itu turut dihadiri oleh Duta Argentina ke Malaysia, Manuel Balague Salas.

Luciano Figueroa adalah legenda hidup JDT yang membantu kelab itu menempa kegemilangan selepas revolusi TMJ.

Beliau menjadi target man yang sangat berpengaruh di dalam sejarah kelab JDT. Beliau dikenali dengan kekuatan fizikal dan ketajaman di hadapan gol.

TMJ menjelaskan ini adalah salah satu cara kelab menghargai mereka yang pernah berjasa dan mencipta sejarah bersama pasukan.

TMJ dalam kenyataannya berkata:

“Kelab ini akan sentiasa mengiktiraf dan menghargai sesiapa sahaja yang pernah berbakti dan mencipta sejarah bersama kelab ini.”

Bekas pemain kebangsaan Argentina itu memenangi dua Liga Super dan satu Piala AFC bersama JDT ketika bergelar pemain.

Dan kini beliau bergelar pengurus JDT sebaik sahaja memutuskan untuk bersara. Karier pengurusan bermula baik dengan membantu JDT memenangi Piala Malaysia dan Liga Super 2019.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan