Luis Diaz Cedera Sehingga Piala Dunia, Ini 10 Perlawanan Yang Dia Bakal Terlepas

Penyerang sayap Liverpool, Luis Diaz bakal terlepas sebahagian besar baki aksi tahun ini akibat kecederaan yang dialaminya ketika aksi menentang Arsenal di mana Liverpool tewas 3-2.

Diaz berada dalam prestasi yang baik untuk pasukan Jurgen Klopp musim ini, walaupun prestasi pasukannya agak terumbang ambing.

Penyerang itu sudah menjaribgkan tiga gol dan dua bantuan dalam liga setakat kempen ini, termasuk assist cantik kepada Darwin Nunez pada hari Ahad, menentang Arsenal.

Bagaimanapun, dia terhincut hincut sebelum separuh masa, digantikan oleh Roberto Firmino, selepas menerima impak daripaa cabaran oleh Thomas Partey sebelum itu.

Menurut James Pearce, serta laporan dari Colombia, bekas bintang Porto itu kini bersedia untuk terlepas enam hingga lapan minggu akan datang untuk The Reds.

Itu akan membuatkannya berehat melepasi 13 November. Paling awal pun dia kembali sebelum sepak mula Piala Dunia.

Dengan Diaz dan Colombia gagal melayakkan diri ke kejohanan di Qatar, ia bermakna dia tidak akan bermain lagi sehingga perlawanan Boxing Day menentang Aston Villa, paling awal.

Berikut adalah perlawanan yang Luis Diaz akan terlepas:

  • Rangers (A) – October 12
  • Manchester City (H) – October 16
  • West Ham (H) – October 19
  • Nottingham Forest (A) – October 22
  • Ajax (A) – October 26
  • Leeds (H) – October 29
  • Napoli (H) – November 1
  • Tottenham (A) – November 6
  • Derby (H) – November 9
  • Southampton (H) – November 12

Diaz mengalami kecederaan di bahagian lututnya.

Klopp turut kehilangan Trent Alexander Arnold. Klopp berkata:

“[Dia] mengalami kecederaan pada buku lali, itu tidak bagus. Trent tidak pernah, dalam tujuh tahun, dikeluarkan kerana kecederaan. Dia terlalu sakit, ia mula bengkak serta-merta, jadi kita perlu lihat.”

Persembahan pertahanan Alexander-Arnold telah dipersoalkan dalam beberapa minggu kebelakangan ini, dengan pemain berusia 24 tahun itu tidak mendapat sebarang masa permainan untuk England pada rehat antarabangsa baru-baru ini.

Kecederaan Kyle Walker kelihatan memberikannya sedikit harapan untuk kembali ke dalam perancangan Gareth Southgate, tetapi kecederaan terbaru ini pastinya membuatkan impiannya ke Piala Dunia kian samar.