Luis Enrique Kagum Dengan No.8 Maghribi: “Sapa Entah Nama Dia, Tapi Dia Padu Mat”

Luis Enrique tidak dapat menyembunyikan kekagumannya ke atas pemain Maghribi berjersi no.8 ketika pasukan itu mengikat Sepanyol untuk 120 minit dan menang dalam penentuan penalti.

Dia menyatakan Maghribi memang memiliki beberapa pemain berbakat termasuk Yassine Bonou, Hakim Ziyech, Achraf Hakimi, Romain Sais, En-Neysri dan Sofyan Amrabat.

Namun satu pakej kejutan pada malam itu adalah pemain berjersi no.8. Enrique tidak pasti siapakah nama pemain itu.

Pemain muda itu sebenarnya bernama Azzedine Ounahi. Dia sudah membuat lebih 10 penampilan untuk negaranya setakat ini.

Pemain berusia 22 tahun itu kini bermain bersama Angers SCO di Perancis. Bekas kelab Nwakaeme satu ketika dahulu,

Enrique berkata: “Saya sangat sangat terkejut dengan pemain no.8 mereka. Maaf saya terlupa namanya.”

“Ya Tuhanku, dari mana budak ni datang ye. Bermain dengan sangat bagus, mengejutkan saya. Namun dia adalah satu nama yang kami tak begitu waspada sebelum ini.”

Dalam perlawanan tersebut, Ounahi melakukan 60 sentuhan, 32 hantaran dan berjaya mengekang ancaman daripada Pedri, Gavi malah Busquets di tengah.

Amrabat yang dianggap pemain terbaik perlawanan mendapat rating 7.6 daripada Squawka.

Manakala Ounahi mendapat 7.5. Beza 0.1 sahaja.

Sudah tentunya pemain muda itu akan menjadi perhatian kelab besar selepas komen daripada Enrique ini.

Maghribi akan berdepan Portugal dalam aksi suku akhir. Adakah mereka mampu menjadi pasukan dari Afrika pertama mara ke separuh akhir Piala Dunia?

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan