Luis Enrique: Morata Akan Terus Jadi Penyerang Utama Sepanyol

Luis Enrique akan terus memberi kepercayaan kepada Alvaro Morata untuk mengemudi jentera serangan Sepanyol.

Morata menerima kritikan teruk dari para penyokong selepas perlawanan pertama Sepanyol. Dalam perlawanan itu Sepanyol seri 0-0 menentang Sweden.

Secara keseluruhan Morata menampilkan aksi baik namun kegagalannya menyempurnakan beberapa peluang menjaringkan gol menjadi sebab kenapa dia perlu direhatkan.

Morata sebelum ini mempunyai rekod panjang tidak menjaringkan gol walaupun mempunyai peluang baik.

Pada sidang media pra perlawanan Sepanyol-Poland, Marca melaporkan, Enrique hanya mengesahkan nama Morata yang akan disenaraikan dalam kesebelasannya.

“Ya dia (Morata) akan bermula (kesebelasan utama). Saya mahu dia teruskan benda yang sama, untuk menyumbang apa yang dia (sudah) sumbangkan ketika menyerang dan bertahan,”

“Esok (malam ini) dia akan bermain dengan 10 (pemain lain).”

Sidang media tersebut mendapat perhatian beberapa akhbar Sepanyol.

AS.Com menulis Luis Enrique sahkan akan terus memberi sokongan kepada Alvaro Morata dan menjadi pilihan utama sebagai pemain no.9 Sepanyol.

Akhbar tersebut juga menulis Gerard Moreno akan kekal berada di bangku simpanan. Kejayaan menewaskan Poland akan meletakan Sepanyol layak ke pusingan seterusnya.

Marca pula menulis Alvaro Morata dan Gerard Moreno akan bersaing merebut posisi penyerang utama Sepanyol dan Luis Enrique sekali lagi meletakkan kepercayaan kepada Morata.

Pemain ini akan bersama 10 pemain lain akan berada dalam senarai kesebelasannya.

Mundo Deportivo juga melaporkan ‘Morata dan 10 pemain lain’. Sepanyol perlu menang menentang Poland untuk layak ke pusingan seterusnya.

SERGIO BUSQUET KEMBALI

Luis Enrique juga mengesahkan Sergio Busquets sudah boleh digunakan. Pemain defensive midfielder itu tidak dapat diturunkan pada perlawanan lepas akibat positif covid.

Selepas menjalani tempoh kuarantin dirumahnya, pemain ini disahkan sudah negatif covid.

Busquets telah menyertai pasukan sejak 2 hari lepas dan menjalani latihan penuh bersama Sepanyol.

Pemain ini dilaporkan telah mencapai tahap kecergasan penuh untuk diturunkan.

“Dia berada dalam kondisi (dimana) membolehkannya bermain (diturunkan),

“Dia berlatih dari rumah dan kami sentiasa berhubung dengannya. (Sekarang) di boleh berlatih (bersama pasukan Sepanyol). Dia boleh diturunkan jika kami mahukannya.”

“Dia merupakan kekuatan utama untuk semua orang kerana dia adalah kapten dan relevan untuk berada di atas padang,”

“Dia melakukan latihan secara bersendirian di rumah dan GPS menunjukkan dia berada dalam kondisi terbaik,”

“Saya dan staf (pasukan) akan menilai dimana dia akan diletakkan. Dia akan berada dalam senarai dan perkara positif dia telah kembali.”

Baca yang lain