Luis Enrique Tak Takut Keluarkan Mbappe

Luis Enrique menyatakan bahawa dia tidak risau untuk mengeluarkan Kylian Mbappe apabila dia rasa perlu.

Lagipun selepas ini PSG akan tanpa Mbappe tegas pengurus itu. Seolah olah mengesahkan bahawa Mbappe benar benar pergi meninggalkan PSG.

Sebelum ini Mbappe dilaporkan telah menolak untuk kekal di PSG dan sudah memberitahu bahawa dia akan pergi selepas tamat musim ini.

Nasser Al Khelaifi benar benar kecewa dengan keputusan Mbappe. Namun ada kesepakatan di antara PSG dan Mbappe.

Pemain itu setuju untuk tidak menuntut klausa bonus kesetiaannya di PSG.

Selain itu terdapat juga laporan menegaskan bahawa PSG masih mahu memastikan mereka mendapat sedikit wang daripada pemergian Mbappe.

Segalanya terserah sepenuhnya kepada Mbappe. Kerana dia adalah pemain ejen bebas selepas tamat musim ini.

Luis Enrique baru baru ini mengeluarkan Kylian Mbappe, ketika pasukannya ketinggalan 0-1 di tangan Rennes.

Di mana PSG berjaya mengikat Rennes menerusi penalti lewat permainan Goncalo Ramos.

Selepas tamat perlawanan, wartawan bertanya, adakah Enrique tiak risau mengeluarkan Mbappe.

Dia menjawab: “Saya tak risau keluarkan dia. Kerana lambat laun kita akan beraksi tanpa Kylian Mbappe.”

“Saya yang menentukan sama ada dia akan bermain atau tidak mengikut keperluan dan situasi. Perkara ini dilakukan oleh pengurus lain juga.