Pada Euro 2000, England mendahului Portugal dengan jaringan 2-0. Namun begitu, Portugal berjaya bangkit dan menang 3-2.
Dalam satu wawancara khas bersama Luis Figo, pemain itu diminta memberikan komen, sama ada beliau merasakan England pasukan yang naif, ataupun tidak bagus secara taktikal?
Luis Figo mendedahkan bahawa, England tetap England. Mereka sentiasa bermasalah dengan mentaliti. Dan pada masa yang sama, beliau melihat ia sudah menjadi seperti satu budaya mereka di dalam padang.
Malah Figo sendiri pelik dengan orang England ataupun pasukan Inggeris yang seolah olah tidak tahu keebiah mereka di atas padang, dan bila masa mereka patut fokus kepada pertahanan.
Di mana bola sepak Inggeris itu sendiri terlalu terbuka, walaupun mereka sedang mendahului pasukan lawan.
Figo tidak pasti, sama ada aksi berhadapan England ketika itu adalah aksi terbaik beliau bersama pasukan kebangsaan Portugal.
Figo menjaringkan gol pertama yang mencetuskan kebangkitan Portugal. Di mana beliau melakukan rembatan deras dari luar kotak penalti.
“Saya tak pasti sama ada itu permainan terbaik saya, kerana saya ada beberapa lagi aksi terbaik dengan Portugal.”
“Hakikatnya, semua perlawanan yang saya main untuk negara adalah luar biasa. Saya sentiasa bangga menjadi rakyat Portugal.”
“Ianya sudah kebiasaan untuk orang ingat perlawanan seperti itu, kerana ianya berlaku di Euro dan ianya simbolik.”
“Saya rasa, England sentiasa England. Ia soal budaya dan mentaliti mereka.”
Figo kemudian berkongsi pengalaman beliau ketika berhadapan dengan pasukan dari England iaitu Newcastle.
Di mana mereka juga menunjukkan ciri-ciri yang sama dengan pasukan kebangsaan mereka.
Walaupun mendahului 3 gol pada separuh masa pertama, mereka masih kena kejar dan kemudian tewas.
Figo berkata: “Saya ingat lagi, ketika saya bermain di Sporting, kami ada perlawanan persahabatan dengan Newcastle.”
“Mereka mendahului 3-0 pada separuh masa pertama. Dan kami berjaya bangkit untuk menang 4-3.”
“Di Sepanyol atau Itali, kamu tak akan biarkan lawan kamu bangkit selepas mendahului 3-0.”
“Namun bola sepak Inggeris terlalu terbuka. Mereka terlalu ghairah untuk terus menyerang, walaupun dalam kedudukan mereka mendahului.”
Luis Figo menikmati karier yang cemerlang bersama dengan pasukan kebangsaan dan juga pasukan kelab.
Beliau pernah melakukan perpindahan kontroversi dari Barcelona ke Real Madrid.
Para peminat Barcelona sangat marah sehingga melayang kepala babi dibaling ke dalam padang tanda kebencian mereka ke atas Figo yang menyertai pasukan musuh utama mereka – Real Madrid.
Namun Figo menikmati karier yang cemerlang bersama dengan Galaticos ketika itu.
Beliau kemudian bermain untuk Inter Milan dan membantu kelab itu menjadi pasukan pertama dari Itali yang menang big treble — gelaran untuk treble dengan kejuaran liga + 1 piala domestik + Liga Juara Juara Eropah.