Lukaku Beritahu Chelsea Dia Tak Mahu Bermain Untuk The Blues

Penyerang Belgium, Romelu Lukaku kembali semula ke Chelsea selepas tempoh pinjamannya di Inter Milan tamat.

Inter sebenarnya memang berminat mendapatkan Lukaku. Namun mereka lebih memilih idea meminjam pemain itu semusim lalu.

Chelsea enggan menerima sebarang idea pinjaman untuk Lukaku lagi. Kerana mereka mahu Inter membeli tetap pemain itu.

Inter Milan masih berusaha untuk membeli Lukaku secara tetap. Tetapi terhalang kerana kelab itu tidak cukup dana untuk membayar Lukaku.

Chelsea meminta sekurang kurangnya £40 juta untuk pemain itu. Inter masih bergelut untuk menjual beberapa pemain bagi menampung dana untuk mendapatkan Lukaku.

Lukaku turut mendapat tawaran dari Arab Saudi. Namun pemain itu berkeras, dia mahu ke Inter dan bermain di UCL.

Jika Lukaku terus gagal menyertai Inter, maka dia perlu menerima hakikat bahawa dia adalah pemain Chelsea.

Tetapi laporan terbaru menyebut bahawa, wakili kepada Lukaku sudah bercakap dengan kelab Chelsea.

Di mana Lukaku sudah mengarahkan ejennya berunding dengan Chelsea dengan menyatakan dia tidak mahu bermain lagi untuk The Blues.

Kenyataan itu sama seperti yang dia katakan sebelum ini.

Kedua dua pihak dilaporkan sudah setuju dengan perkara itu. Bermakna Chelsea perlu mencari penyerang lain menggantikan Lukaku.

Seterusnya, Lukaku tidak terikat dengan aktiviti pra musim di Chelsea yang dalam proses awal untuk bermula.

Chelsea kini meminta Inter menyegerakan urusan perpindahan Lukaku. Di mana kelab itu memberikan tempoh sehingga 17 Julai ini untuk memuktamadkan perjanjian mendapatkan Lukaku.