Lukaku Kecam Chelsea Dan Puji Dirinya Lebih Bagus Sekarang Ini

Romelu Lukaku tampil mendedahkan layanan buruk diberikan Chelsea kepada dia dan beberapa rakannya yang lain, yang tidak diperlukan lagi oleh kelab itu.

Menurut Lukaku, mereka disuruh menggunakan bilik persalinan pemain remaja. Dan kelab yang akan menentukan ke mana pemain itu harus pergi, pemain tidak boleh memilih haluan yang mereka mahukan.

“Bukan saya sahaja mengalaminya di Chelsea. Auba dan Ziyech pernah melaluinya. Mereka akan menyuruh kamu menggunakan bilik persalinan pemain remaja.

“Jika kelab dah tak mahukan kamu lagi, mereka akan tentukan ke mana kamu harus pergi. Jika kamu mahu keluar mereka pula menghalangnya.

“Kelab akan melayan kamu seperti kamu ini bukan siapa siaoa. Dengan hubungan rapat mereka dengan pihak media membuatkan kamu sangat sukar.

“Paeda suatu hari itu, saya tolong jelaskan situasi ini kepada pemain pemain muda, tentang siapa yang bekerja untuk merekan dan siapa yang bekerja menentang mereka.”

Lukaku kemudian membidas peminat dan media di England yang kerap menggelarkannya sebagai pemalas. Sedangkan di Itali menurutnya, dia seringkali dipuji sebagai seorang yang bekerja keras.

“Di England, mereka ada idea yang salah. Bagi mereka saya adalah pemalas. Namun saya tak pernah sesekali membalas kecaman mereka. Saya seorang pemain yang selesai buat kerja saya, balik ke rumah terus.

“Di Itali, pandangan di sini tentang saya berbeza. Mereka anggap saya seorang pekerja yang rajin. Dan sekarang saya lebih baik daripada saya di Inter. Di sana saya 101 kg, di sini [Napoli] saya 99 kg.”