Romelu Lukaku tampil mengungkit kembali perseteruannya dengan Zlatan Ibrahimovic. Rasa macam tak percaya pula, sebab di Man United kedua duanya sangat rapat. Malah Zlatan ketika itu menyatakan dia dan Lukaku saling memerlukan dan melengkapi di dalam pasukan.
Lukaku kini membongkar sikap Zlatan yang menurutnya lebih mengejar nama individu berbanding untuk pasukan. Kedua penyerang, rakan sepasukan di Manchester United, terlibat konfrontasi di atas ketika Inter Milan menentang AC Milan pada bulan Januari, dengan kedua duanya saling menghantuk kepala dan merenung tajam.
Kedua duanya kemudian didenda dan gantung satu perlawanan selepas itu.
Pasukan Lukaku. Inter Milan bangkit dari ketinggalan untuk memenangi perlawanan itu 2-1 dan sejak itu mereka terus mencerakan peluang merangkul gelaran Serie A.
Lukaku selpas Inter menjadi juara melabel bahawa Inter adalah Raja Milan sebenar yang mendapat kurniaan daripada Tuhan yang sebenar bukannya dari ‘Tuhan Milan’ versi Zlatan. Sindiran kepada Zlatan yang pernah menggelarkan dirinya ‘God of Milan’.
Lukaku dalam Twitternya berkata: “Tuhan yang yang sebenar sudah memahkotakan raja. Sekarang tunduk hormat!”
“Raja Milano!”
The real god ✝️
has crowned the king!
Now bow downIl nostro dio ✝️ ha incoronato i Re!
Ora inchinatevi!King of Milano 😉👑 pic.twitter.com/n0gAiYWFTp
— R.Lukaku Bolingoli9 (@RomeluLukaku9) May 3, 2021
Dalam wawancara terbaru, Lukaku akhirnya mengakui dia marah dengan ejekan Zlatan dan mendakwa penyerang AC Milan itu hanya “bermain untuk dirinya sendiri” – tidak seperti Cristiano Ronaldo di Juventus.
“Kami ketinggalan 1-0, saya ketinggalan satu gol dan saya sedikit marah,” kata Lukaku kepada Il Corriere della Sera.
“Kata-katanya menyakitkan saya. Saya pun tidak suka dengan reaksi saya masa itu, tetapi saya tidak akan membiarkan diri saya ditolak sesuka hati oleh orang lain.”
“Ibrahimovic adalah pemain bola yang hebat, dia menang di mana sahaja dia berada, menjaringkan lebih dari 500 gol. Saya menjalin hubungan baik dengannya sejak saya berada di Manchester United, tetapi kita memerlukan pemain bola sepak seperti beliau di Serie A.”
🗣 Lukaku reveals all on relationship with Ibrahimovic and aims blatant dig: “He wants to win for himself"https://t.co/72za7S5JP0 #SempreMilan
— SempreMilan (@SempreMilanCom) May 7, 2021
“Dia mahu menang untuk dirinya sendiri, saya mahu menang untuk Inter dan Ronaldo mahu menang untuk Juventus. Sekarang, ada [Jose] Mourinho di Roma. Ini adalah perkara yang bagus untuk bola sepak Itali.”
Jelas Lukaku menghormati Ibrahimovic sebagai pemain dan kekuatan bintang yang dibawanya ke bola sepak Itali.
Bagaimanapun, pemain asal Belgium berusia 27 tahun itu – yang menjaringkan 21 gol dan 10 assist musim ini sangat penting bagi Inter untuk merangkul gelaran – jelas tidak menyesal meninggalkan United selepas hanya dua tahun.
Sebab utama dia ke Inter adalah hubungannya dengan Antonio Conte, yang dia gelar sebagai jurulatih terbaik yang pernah dia bekerjasama.
“Bagi saya, Conte adalah jurulatih terbaik dan dia segera meyakinkan saya,” kata Lukaku mengenai keputusannya untuk pergi ke Inter.
“Ketika saya menandatangani kontrak dengan Inter, saya mengirim SMS kepadanya, ‘Saya akan tiba’,” kata penyerang itu.
“Sudah menjadi impian untuk bermain di Serie A. Ketika saya berada di Manchester United, saya biasa memberitahu [Matteo] Darmian: ‘Saya akan pergi ke Inter, bercakap dengan saya dalam bahasa Itali, dan menjawab dalam bahasa Inggeris.’
Lukaku on Zlatan:
“We need players for this level in SerieA. He (Ibra) wants to win for himself, me for Inter, Ronaldo for Juve, now there is Mourinho at Roma. They are all good things for Italy." pic.twitter.com/bzGOKpKItL
— Cristiano Ronaldo News (@CRonaldoNews) May 7, 2021
“Ketika saya tiba, saya sudah tahu bahasa dan Itali malayan saya dengan baik. Kami menduduki tangga kedua di Serie A dan Liga Europa musim lalu, dan Conte dan saya menganggap itu sebagai kekalahan. Kami telah berjaya mengubah itu menjadi motivasi. ”
Oleh itu, Lukaku jelas merasakan dia terhutang budi dan rasa terima kasih kepada Conte untuk penampilannya yang cemerlang di Inter, dan juga pemain pertahanan, Darmian kerana kemahiran berbahasa pemain itu yang membantunya memperbaiki bahasa Italinya.
Tetapi mengenai Zlatan, Lukaku menyatakan dia tak akan menyesasl dengan tindakannya.
BACA JUGA: [VIDEO] Lukaku Dan Zlatan Bergaduh Saling Bercarutan
Zlatan Ibrahimovic dan Romelu Lukaku merupakan sahabat baik selama ini. Namun dalam aksi suku akhir Coppa Italia, kedua dua mereka saling bertengkar dan bersahut carutan panas ketika adrenalin menyerbu jiwa mereka.
Itulah yang berlaku dalam derbi Della Madonnina / Derbi Milan. Kawan boleh menjadi lawan.
Bekas rakan sepasukan Manchester United terlibat dalam pertengkaran ketika saat-saat akhir babak pertama.
Lukaku dan Ibrahimovic mulai bertikam lidah sebelum mereka saling bersemuka di hadapan pengadil Paolo Valeri.
Selepas kedua duanya dilayangkan kad dan dileraikan, Ibrahimovic terdengar berteriak pada Lukaku “Pergi mampos la sial kamu, kau keldai kecil.”
Lukaku terus mengejar Ibrahimovic di terowong dengan rakan rakan mereka berdua saling membantu mengawal kedau duanya.
Daily Mail melaporkan Lukaku tidak berpuas hati dengan Ibrahimovic yang dikatakan ada menyentuh tentang ibunya.
Zlatan turut mengutuk first touch Lukaku: “Aku bagi kau EUR500 setiap kali kau berjaya melakukan first touch dengan betul, cepat buat voodoo kau najis, kau keldai kecik.”
Pemain berusia 27 tahun itu dapat didengar memberitahu penyerang AC Milan itu “Aku akan menyetubuhi bini kamu, kau budak kecik, dan kau nak bercakap tentang ibuku !?”
Zlatan and Lukaku are going at it 😳 pic.twitter.com/yMLFI72tiz
— ESPN FC (@ESPNFC) January 26, 2021
“Eh siallah jai phuii.” (ni ayat tambah bagi sedap bukan dari mulut Lukaku).
Ibrahimovic berpuas hati kerana dia membawa pasukannya di hadapan pada rehat separuh masa menerusi jaringannya.
Namun pada separuh masa kedua, segalanya milik Lukaku dan Inter.
Zlatan dilayangkan kad kuning kedua kerana mengasari Kolarov. Zlatan hanya sempat beraksi 13 minit pada separuh masa kedua.
Lebih malang buat AC Milan, selepas kehilangan pemain berpengaruh mereka, AC Milan memberikan penalti kepada Inter. Lukaku mengambil tugasan itu dan menyempurnakannya.
Romelu Lukaku was really pissed off by Ibra , he played the penalty kick with anger😡 pic.twitter.com/9glHu0QPf6
— aLl tHiNgS bEiNg eQuAL😃 (@Iamcaptainjesse) January 26, 2021
Masa tambahan diberikan 10 minit selepas pengadil cedera dan terpaksa ditukarkan. Lalu pada minit ke 90+7 Eriksen memastikan Inter mara ke separuh akhir dengan sepakan percuma cantik.
Inter mara ke separuh akhir. Menanti pemenang di antara Juventus ataupun SPAL.
The Milan derby in the Coppa Italia quarterfinals had a bit of everything:
Zlatan scores ✅
Zlatan and Lukaku go at it, including insulting mothers and wives ✅
Zlatan sent off ✅
Lukaku scores ✅
Eriksen wins it on a stoppage time free kick ✅😳😳😳https://t.co/0hxfxYoALF pic.twitter.com/1WkNn95N8p
— Planet Fútbol (@si_soccer) January 26, 2021
Pergaduhan di antara Zlatan dan Lukaku bukanlah perkara yang diinginkan para peminat kedua dua pemain. Kerana sebelum ini kedua duanya saling melengkapi ketika di United.
🗣 "He makes my job easier."
Zlatan Ibrahimovic speaking about playing with Romelu Lukaku in 2017 pic.twitter.com/GFdrirU9ni
— Football Daily (@footballdaily) January 26, 2021