Lukaku Tak Gembira Dengan Ejennya Dan Sedia Desak Chelsea Jualnya Ke Inter Milan

Romelu Lukaku berharap untuk kembali ke Inter Milan dari Chelsea pada musim panas ini.

Sumber Telegraph UK melaporkan bahawa kedua-dua kelab yakin penyerang itu mahu meninggalkan Stamford Bridge selepas musim yang mengecewakan dan kembali semula ke Itali.

Berikutan penyiaran wawancara yang kontroversi dengan Sky Italia pada akhir Disember, di mana Lukaku menyatakan dia “tidak gembira” di Chelsea dan bercakap mengenai prospek satu hari kembali ke Inter, difahamkan bahawa dia pada mulanya memutuskan untuk kekal dan mahu membuktikan perbelanjaan dengan rekod kelab £97.5million adalah perpindahan yang berbaloi.

Bagaimanapun pemain berusia 29 tahun itu, prestasinya tidak meningkat dengan ketara dan bergelut untuk menarik perhatian pengurus Thomas Tuchel.

Dia gagal mengulangi prestasinya ketika dia digelar sebagai salah seorang no.9 terbaik di dunia ketika bersama Inter.

Dan kini dia kelihatan bertekad untuk pergi balik semula ke Inter dan berharap perpindahan boleh dipersetujui.

Lukaku sedia untuk menerima pengurangan gaji. Inter Milan sudah memberitahu Lukaku sebelum ini bahawa mereka tak mampu menyamai angka bayaran gaji Chelsea kepadanya.

Tetapi pada masa yang sama Inter hanya akan mampu untuk meminjam Lukaku terlebih dahulu dengan pilihan untuk membeli tetap.

Peguam Lukaku, Sebastien Ledure, dipercayai bersedia untuk mengetuai rundingan itu.

Kenapa bukan ejennya?

Ini kerana ejen Lukaku ialah Federico Pastorello, yang menjadi ketua rundingan perpindahan ke Inter dari Manchester United dan kemudian dari Inter ke Chelsea, akan tamat kontraknya dengan Lukaku pada penghujung musim 2021/22. Lukaku dikatakan tidak gembira dengan ejennya itu dan sedia untuk mencari ejen baharu.

Ini bukan pertama kali Lukaku menukar ejen. Sebelum ini dia menukar Raiola dengan memecat mendiang.

Pastorello juga mendapat teguran tajam daripada Lukaku selepas baru-baru ini memberi temu bual kepada akhbar Itali La Repubblica di mana dia ejennya menyatakan dia sudah mencadangkan beberapa konteks kepada situasi pemain itu sebelum mengeluarkan kenyataan.

Di mana Pastorello juga mengatakan bahawa perbincangan perlu dilakukan dengan pemilik baru dan mengakui bahawa memang ada masalah antara Lukaku dengan Chelsea. Ejennya juga membayangkan bahawa Lukaku sedia menerima gaji lebih rendah untuk kembali ke Inter.

Kenyataan ejennya itu tidak disenangi Lukaku kerana terlalu jujur. Lukaku bengang.

Di Instagram, Lukaku menjawab: “Saya tidak akan pernah membiarkan seseorang bercakap untuk saya. Saya menutup mulut dan fokus untuk membantu pasukan dan menamatkan musim dengan cara yang terbaik. Jadi jika seseorang di luar sana cuba mengatakan sesuatu tentang saya dan kelab. Bukan atas nama saya.”

Kenyataan itu ditujukann kepada ejennya.

Namun sekarang, Lukaku memang benar benar mahu kembali ke Inter. Malah dia sedia untuk mendesak kelab melepaskannya.

Walaubagaimanpun rundingan tersebut mungkin sukar kerana Chelsea hanya mahukan pembelian terus dan bukannya pinjaman. Kerana Chelsea mengambil kira situasi kewangan kelab mereka yang tidak menentu.

Inter pula masih berusah cuba dan mendapatkan Paulo Dybala yang merupakan ejen bebas selepas kontraknya dengan Juventus tamat. Inter juga sedang mempertimbangkan untuk menjual beberapa pemain mereka untuk menampung dana mereka.

Chelsea kemudian dikatakan akan menuntut bayaran pinjaman yang besar, hampir £20 juta semusim untuk Lukaku, jika pemain itu benar benar mendesak mereka. Sudah tentunya ia hadir dengan pilihan untuk membeli tetap.

Chelsea malah mahu pakej itu sama dengan angka yang mereka bayar untuk membeli Lukaku sebelum ini.

Selain itu, Lukaku memperoleh sekurang-kurangnya £8.5 juta setahun walaupun terdapat cadangan bahawa dia bersedia untuk mengurangkan gaji. Chelsea hanya akan mempertimbangkan perjanjian jika kelab merasakan tawaran itu benar benar bagus.

Lukaku kini dalam tugas antarabangsa dan ditanya pada hari Jumaat oleh seorang wartawan Itali mengenai masa depannya dan prospek untuk kembali ke Inter, menjawab: “Saya tidak boleh bercakap tentangnya sekarang.”

Romelu Lukaku sepatutnya menjadi bahagian terakhir dalam puzzle Chelsea; penyerang bertaraf dunia yang prolifik yang mampu membawa mereka menjadi juara EPL. Tetapi malangnya itu tak berlaku.