Lukaku Yakin Belgium Bakal Juara Euro 2024: “Kami Bukan Underdog, Kami Ada Doku, Onana Dan Ramai Lagi”

Romelu Lukaku yakin bahawa Belgium boleh menjadi juara Euro 2024. Lukaku berkata demikian dalam satu wawancara santai yang turut dihadiri oleh Kevin De Bruyne.

Lukaku tidak setuju bahawa Belgium tampil sebagai underdog kali ini selepas generasi emas mereka dikatakan sudah berakhir dengan persaraan pemain seperti Eden Hazard, Fellaini dan beberapa lagi bintang sebelum ini.

Lukaku dan De Bruyne masih aktif bersama dengan Belgium bersama sama dengan Thibaut Courtois.

Lukaku berkata: “Boleh ke kita jadi juara kali ini, ya, kenapa tidak. Kita bukanlah pasukan pilihan utama namun saya tak setuju kita digelar underdog.

“Paling penting adalah mendapatkan momentum, apabila momen yang bagus itu tiba, sesuatu yang seronok, perkara yang indah sentiasa boleh berlaku.

Lukaku bangga dengan pasukan generasi emas Belgium sebelum ini yang menurutnya sangat ikonik dan memberikan imej ikonik.

“Saya faham, kita pasukan dengan pelbagai kebudayaan, namun masih boleh berkumpul dengan baik. Kevin dan saya berada di Chelsea bersama sama sebelum ini, namun sebenarnya kami sudah mengenali satu sama lain sejak remaja lagi, ketika dia dekat Genk dan saya di Anderlecht.

“Di Chelsea kami pernah duduk bersama untuk sebulan atau dua bulan untuk persiapan pasukan kebangsaan.

Lukaku kemudian yakin bahawa Belgium masih pasukan tumpuan. Mereka ada generasi baharu seperti Doku dan Johan Bakayoko.

“Hanya kerana kita memiliki ramai muka baharu dan generasi baharu, bukan bermakna kita pasukan underdog. Ada beberapa pemain baharu ini bermain di pentas tertinggi. Johan Bakayoko bermain untuk PSV dan sangat tajam.

“Dodi (Lukebakio) bermain sangat baik untuk Sevilla dan Jeremy (Doku), pemain ini tidak normal, bukan biasa biasa. Kami ada Amadou (Onana) dan Orel (Mangala) cemerlang di Everton dan Lyon. Kelab kelab ini bukan kelab kecil. Namun pemain pemain ini bermain sangat baik.