Luke Shaw tampil dengan rendah diri menjawab kritikan dari Jose Mourinho yang mengatakan dia bukanlah pemain terbaik yang dimiliki England terutamanya dalam sumbangannya dalam situasi set pieces di kawasan penjuru.
Sebelum itu, pada perlawanan terakhir England ketika menewaskan Republik Czech 1-0, menjuarai kumpulan dan mara ke pusingan ke-2. Mourinho tampil memberikan pandangannya tentang Shaw.
“Satu perkara negatif yang saya mahu cakap, mereka cukup teruk dalam serangan di penjuru.” petikan Mourinho di TALKsports
“Servis (dikawasan) itu cukup buruk. Mereka mempunyai ramai pemain bagus untuk menyerang dari penjuru. Hantaran lintang mereka tidak menjumpai pemain.”
“Pada pandangan saya Luke Shaw sangat baik malam ini tapi buruk di penjuru. Kalvin Phillips pun sama.”
“Pada tahap sekarang England cukup kuat dan mara ke pusingan kalah mati, satu sepakan penjuru boleh mengubah keputusan perlawanan.”
Hubungan Mourinho dan Shaw sememangnnya diketahui agak dingin ketika pengurus kelahiran Portugal tersebut membimbing Manchester United.
Pada 2 musim penuhnya di Old Trafford, Shaw hanya tampil 38 kali dalam semua pertandingan yang dimiliki Manchester united.
Shaw mula mendapat tempat selepas Ole Gunnar Solksjaer mengambil alih pasukan tersebut.
Shaw kemudian tampil dalam 73 perlawanan pada 2 musim pertama Solksjaer dan kemudiannya bermain sebanyak 47 kali pada musim lepas.
Pemain berusia 25 tahun ini menampilkan aksi masterclass ketika membantu pasukannya membantai Ukraine 4-0 awal pagi tadi melalui 2 hantaran lintangnya yang berjaya menghasilkan gol.
“Macam ni la, saya takde masalah. Mourinho ada pandangannya sendiri. dia sebelum ini bekerja dengan TALKsport dan bebas untuk cakap apa saja.
“Dia boleh cakap apa yang dia suka. Saya tak peduli semua itu kerana objektif saya adalah untuk membantu England.”
“Saya hanya terus pandang kedepan dan kekal merendah diri. Saya tak ambil pot dan fokus kepada apa yang berlaku dalam kem (pasukan)… saya terus memberi segalanya.”
https://twitter.com/beINSPORTS_EN/status/1411441561771053056?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1411441561771053056%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_c10&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.sportbible.com%2Ffootball%2Ffootball-news-rivalries-reactions-luke-shaws-reaction-to-dropping-a-masterclass-in-joses-backyard-20210703
— United Zone (@ManUnitedZone_) July 3, 2021
Selepas kembali menjadi pemain utama Manchester United, Shaw mula dipanggil semula oleh Southgate untuk menggalas cabaran England di pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 dan pusingan akhir Piala Eropah 2020.
Shaw tampil dalam perlawanan ke-2 kelayakan Piala Dunia dan menyumbang 1 bantuan ketika menewaskan Albania 2-0.
Pada perlawanan pertama Piala Eropah, nama Shaw berada di bangku simpanan dan dia mula diberi peluang pada perlawanan ke-2 dan ke-3 namun tidak menyumbang apa-apa kepada England.
Ketika itulah Mourinho mula mempersoalkan kemampuan bekas pemainnya itu.
Shaw tidak menunggu lama apabila mula membuktikan dia adalah pilihan tepat apabila menyumbang 3 bantuan gol pada 2 perlawanan peringkat kalah mati.
England mula menjaringkan lebih gol dari 2 gol dalam 3 perlawanan kepada 6 gol dalam 2 perlawanan.
Shaw muncul pemain terbanyak melakukan bantuan gol (3) diikuti Jack Grealish (2) dan masing-masing 1 dari Mason Mount dan Raheem Sterling.
Jumlah bantuan jaringan Shaw tahun ini (2021) meningkat kepada 4 dan merupakan yang tertinggi dari mana-mana rakan sepasukan.
Selepas perlawanan semalam Mourinho mula mengatakan ‘pemain ini’ menjadi semakin baik, semakin baik dan terus baik.
Walaupun Shaw mengambil pendekatan merendah diri menjawab kritikan Mourinho melalui tauladan di atas padang namun beberapa peminatnya tampil mempersendakan Mourinho.
The fact that Shaw doesn’t give a damn must hurt Jose so much 😭 https://t.co/Tf85lLCFiF
— CamTLR (@CamNiz) July 3, 2021
Luke not recognising the Muppet getting the Roma job has made my day😂 https://t.co/nNgiFrr8Q4
— Sam (@sjhphoto1) July 3, 2021
England akan bertemu Denmark di separuh akhir, ketajaman Kane, Sterling dan kreativiti yang ditunjukkan oleh Shaw dan Grealish menjadi pertaruhan besar skuad the three lions memburu aksi pertama final Piala Eropah.