Lupakan Kane! Manchester City Tawarkan Raiola €70 Juta Untuk Beli Haaland €75 Juta Dari BvB

Erling Braut Haaland terus menjadi nama besar yang dikaitkan dengan Manchester City.

Beberapa bulan lalu, Pep Guardiola menyatakan bahawa beliau akan memastikan Manchester City memiliki nombor 9 tulen pada musim hadapan.

Musim ini Manchester City terlepas peluang untuk mendapatkan Harry Kane. Ianya selepas Daniel Levy berkeras enggan melepaskan pemain itu ke kelab pesaing di England.

Manchester City malah dikatakan menawarkan lebih GBP 100 juta untuk Harry Kane.

Walaupun Kane dikatakan akan menjadi sasaran City sekali lagi, namun kelab berpangkalan di Manchester itu jelas memfokuskan usaha untuk mendapatkan peyerang lebih muda, Erling Haaland.

Haaland yang kini memasuki fasa di mana klausa pelepasan €75 juta pada kontraknya sudah teraktif.

Masa depan Haaland terus menarik perhatian ramai. Ini kerana Raiola sudah memberitahu bahawa musim ini kemungkinan besar akan menjadi musim terakhir Haaland di Borussia Dortmund.

Erling Haaland sudah hampir pasti akan berhijrah ke kelab baharu musim hadapan. Ini disahkan sendiri Mino Raiola yang menyatakan bahawa mereka terbuka mendengar tawaran daripada kelab besar lain.

Raiola menegaskan bahawa, sudah tiba masanya untuk Haaland beraksi di kelab besar seperti Real Madrid sebagai contoh. Kerana pemain itu sudah bersedia untuk melakukannya.

Sebagai menghargai kerjasama dengan kelab itu, Raiola menegaskan dia akan memastikan pemain itu akan terus kekal di sana pada musim ini – tidak akan berpindah pada pertengahan musim.

Haaland dikaitkan dengan Real Madrid dan juga Barcelona selain daripada dua kelab Manchester iaitu Man City dan Man United.

Namun kini Haaland dikatakan lebih hampir untuk ke Manchester City berbanding dengan kelab lain.

City sedia membayar klausa pelepasan €75 juta pada kontrak Haaland. Kemudian sedia menawarkan bayaran agensi bernilai €70 juta kepada Mino Raiola sahaja.

Ini bermakna, ianya akan menjadi bayaran terbesar pernah dibuat kepada ejen bola sepak untuk satu transaksi.

Tidak dipastikan sama ada tawaran itu turut merangkumi bonus atas tandatangan kepada Haaland dan ayahnya?

Dari segi gaji, Haaland bakal menerima gaji sekitar €30 juta untuk 5 musim ataupun €6 juta semusim.

Namun rundingan buat masa ini masih belum rancak dilakukan kerana Haaland masih fokus kepada pemulihannya.

Real Madrid turut menjadi kelab yang ada menawarkan kontrak kepada Haaland. Namun Gianluca Di Marzio melaporkan bahawa Haaland tidak begitu tertarik dengan tawaran daripada Real Madrid.

Seterusnya, Manchester United turut dikaitkan dengan Haaland. Namun United tidak melakukan langkah pro aktif kerana mereka masih dalam proses mencari pengurus sepenuh masa kelab mereka.

Walaubagaimanapun, bekas pemain United, Paul Ince percaya Haaland tak akan ke Old Trafford kerana dendam ayahnya kepada Roy Keane.

Ince Percaya Roy Keane Punca Erling Haaland Tak Akan Ke Old Trafford

United kini bergantung kepada pemain veteran Cristiano Ronaldo dan pemain gantian Edinson Cavani untuk posisi tersebut.

Erling Haaland dianggap calon masa depan yang sangat baik. Tetapi Paul Ince berpendapat, apa yang dilakukan Roy Keane kepada ayah Haaland pada satu ketika dahulu membuatkan Haaland kemungkinan besar tak akan datang ke Manchester United.

Roy Keane pernah melakukan bentesan keras penamat karier ke atas ayah Erling Haaland iaitu Alf-Inge Haaland. Peristiwa itu mempengaruhi kegagalan United mendapatkan Haaland, ujar Ince.

Roy Keane dibuang padang ketika aksi derbi Manchester pada 2001 selepas melakukan bentesan keras ke bahagian lutut Haaland Sr. Selepas menjalani pembedahan, Alf Inge Haaland terpaksa bersara.

Keane dikenakan penggantungan 3 perlawnana dan denda £5,000 kerana bentesan kotor itu. Namun kemudian diminta menjalani penggantungan 5 perlawanan dan denda £150,000 – ini selepas Keane mengakui bentesan itu sudah diranang, dalam buku autobiografinya.

Paul Ince percaya insiden itu telah mempengaruhi keputusan Erling Haaland. Ini kerana ayah Haaland merupakan pengurus peribadi kepada pemain itu. Bukan itu sahaja, Erling Haaland juga merupakan peminat tegar pasukan Leeds United kerana ayahnya.

Leeds merupakan seteru Man United, sama seperti Liverpool.

Paul Ince berkata: “Manchester United perlukan penyerang. Namun untuk mendapatkan Haaland ianya agak sukar kerana situasi melibatkan ayahnya di Old Trafford satu ketika dahulu.”

“Saya tak nampak dia akan ke Old Trafford berdasarkan apa yang telah berlaku, namun jika United tiada bola sepak UCL, dia pastinya sah tak akan datang ke United.”

Keane mengakui bentesan itu adalah kerana dendamnya selama 3 tahun setengah. Di mana Haaland Sr pernah mengasarinya ketika aksi antara Leeds dan Manchester United.

Dalam perlawanan tersebut, Keane mengalami ACL, namun Haaland Sr pada masa itu menuduh Roy Keane berpura pura cedera. Haaland Sr menjerit dengan kuat di hadapan muka Keane yang tengah terbaring menyuruh pemain itu bangun dan jangan berlakon.

Jadi, bentesan 2001 oleh Keane ke atas Alf Inge Haaland adalah balas dendam. Dia menulis dalam buku autobiografinya:

“Saya menunggu sangat lama. Saya membantai kakinya dengan kuat sekali. Bola ada kat situ rasanya.”

“Rasakan c***. Dan jangan sesekali pernah berdiri depan aku mengejek tetang berpura pura cedera.”

Selepas bentesan oleh Keane itu, Alf Inge Haaland terpaksa dibedah dan kemudian memutuskan untuk bersara. Oleh sebab itu, bentesan itu digelar bentesan penamat karier.

Keane kini menjadi pundit bola sepak. Sementaran Alf Inge Haaland menguruskan anaknya Erling Haaland yang turut diwakili ejen super iaitu Mino Raiola.

Sebelum itu, ketika Erling Haaland bermain untuk RB Salzburg, ayahnya antara yang gembira untuk melihat anaknya beraksi untuk kelab sebesar United. Jadi, harapan itu masih ada.

Baca yang lain