Lupakan Perseteruan Dengan McGregor, Khabib Pintas Mic Dan Puji Ireland

Ahli Dewan Kemasyhuran (Hall Of Fames) UFC, Khabib Nurmagomedov, telah memintas mikrofon untuk memuji Ireland.

Dia melupakan permusuhannya dengan petarung Ireland dan Conor McGregor kerana mengenang jasa rakyat Ireland dan kerajaan negara tersebut ke atas saudaranya di Plstn.

Selepas sepupunya Usman menang tipis ke atas Paul Hughes di PFL Champions Series, Khabib memberikan peghargaan kepada Ireland.

Usman mengalahkan Hughes dengan keputusan sebulat suara juri, walaupun terdapat pemotongan mata awal, untuk mengekalkan gelaran lightweightnya di PFL Champions Series: Dubai.

Dia kekal tidak terkalahkan dalam kerjaya MMAnya dan berkemungkinan berada di penghujung kariernya dengan PFL sebelum mungkin mempertimbangkan tawaran daripada pihak UFC.

Persaingan Khabib dengan McGregor dan Ireland telah banyak didokumentasikan. Bertahun-tahun selepas pertarungan UFC 229 mereka, di mana Khabib memperoleh kemenangan submission, permusuhan masih berterusan antara petarung Dagestan dengan petarung Ireland tersebut.

Tetapi Khabib telah menyatakan pendiriannya di dalam PFL SmartCage.

Khabib Nurmagomedov mencelah temu bual pasca-pertarungan sepupunya dengan pujian kepada Ireland
Semasa temu bual pasca-pertarungan Usman dengan Dan Hardy.

Khabib merampas mikrofon untuk memberikan pujian tak terhingga kepada Ireland selepas acara utama PFL yang klasik.

“Saya tahu ini bukan masa saya untuk bercakap, saya hanya ingin mengatakan satu perkara,” Khabib memulakan.

“Dengan semua perkara antara saya dan [Conor McGregor] ketika kami bertarung. Jangan lupa, Ireland adalah penyokong terbesar di dunia untuk Palstn. Jangan lupakan ini. Kami sayang kamu semua! Kamu, kerajaan kamu, semua orang.

“Apabila kami berada di dalam sangkar, ia hanyalah persaingan. MMA, semuanya tentang rasa hormat. Kami sayang kamu semua kerana kamu semua menyokong saudara kami di Palstn.”