LVG: Memphis Dulu Pun Tak Suka Saya Macam Di Maria, Sekarang Kita Comolot

Louis Van Gaal ditanya tentang pandangannya ke atas komen Angel Di Maria sebelum ini yang menganggap dia sebagai jurulatih paling teruk.

Di Maria ketika itu berkata: “Masalah saya di Manchester United adalah jurulatih. Louis Van Gaal adalah jurulatih paling teruk dalam karier saya.”

“Hari ini saya menjaringkan gol dan mencipta assist dalam perlawanan. Hari berikutnya dia akan menunjukkan rangkuman aksi hantaran saya yang tidak tepat.”

“Hari seterusnya dia akan menggantikan saya, begitu juga hari yang lain.”

Namun Louis Van Gaal dengan tenang menjawab kecaman Di Maria itu. Dia berkata, Di Maria pemain yang hebat. Prestasinya tidak menentu di Manchester United kerana ketika itu dia ada banyak masalah.

Antaranya, rumahnya pernah dipecah masuk dan dirompak. Itu memberikan kesan kepada prestasinya di atas padang.

Di Maria ditandatangani dari Real Madrid dan diberikan harapan tinggi menjadi pengganti Cristiano Ronaldo sebagai pemakai jersi no.7 yang akan memberikan magis.

Malangnya pemain itu cuma bertahan semusim dan gagal mencapai KPI yang ditetapkan padanya. Akhirnya dia ke PSG dan bangkit semula di sana.

Kini Di Maria menjadi nadi penting dalam kempen Piala Dunia Argentina. Dia juga nadi kejuaraan Copa America untuk Argentina.

Cuma sekarang itu tidak pasti Di Maria akan turun beraksi dalam aksi suku akhir berdepan Belanda.

Van Gaal menghormati pandangan Angel Di Maria tentang dirinya sebagai pandangan peribadi pemain itu.

Van Gaal kemudian berkata, Memphis Depay dulu pun berada di Manchester United dan kemungkinan tidak gembira dengan Van Gaal ketika itu. Memphis Depay turut berdepan dengan isu di mana dia bukan pemain yang bermain setiap perlawanan. Kemungkinan dia tidak berpuas hati seperti Di Maria.

Van Gaal berkata: “Di Maria memanggil saya pengurus paling teruk dia pernah ada? Dia antara salah seorang pemain yang ada pandangan seperti ini [tentang saya].”

“Saya minta maaf tentang itu dan saya mendapati dia sedih saat meluahkannya.”

“Memphis pun kena berhadapan dengan isu ini di Manchester, dan sekarang ni kita bercium mulut antara satu sama lain.”

Van Gaal kemudian berseloroh lagi: “Pasal cium mulut tu, … dia tak nak, tapi tak apalah.”

Memphis Depay menyatakan bahawa Belanda sekarang memiliki pengurus yang tepat. Seorang yang berpengalaman dan juga kelakar orangnya.

“Van Gaal memberikan banyak impak dalam pasukan ini. Kami masih tak kalah lagi. Disiplin pasukan diperketatkan sejak dia tiba.”

Ditanya tentang satu soalan perbandingan, adakah Depay merasakan Van Gaal seorang pak cik yang dia malu bawa ke parti atau pak cik kegemarannya.

Depay berkata: “Soalan ni pun, kamu boleh bagi soalan lebih baik kot. Pengurus kami ada karakter dan kelakar. Dan saya rasa orang akan sukakannya.”

 

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.