Lynda Embran: Suri Rumah Yang Sudah Menjana RM18K Dengan PUBG

Seorang suri rumah di Kuala Lumpur menjana pendapatan sekitar RM18,000 menerusi PUBG, sejak debut beliau.

Beliau dikenali dengan nama Lynda Embran yang popular menerusi page beliau MissRose Gaming.

Lynda merupakan streamer PUBG mobile yang sudah menjadi Facebook Gaming Creator secara rasmi.

Bercakap kepada Zayan, Lynda menyatakan beliau berjalan banyak cabaran sepanjang perjalanan untuk menjadi pro gamer.

Malah beberapa kali membaca komen menyuruhnya pergi ke dapur dan memasak. Ada yang menuduhnya tidak buat kerja di rumah kerana sibuk dengan game.

Namun Lynda tidak ambil pusing komen seperti itu. Malah dia menyatakan keluarga adalah keutamaan beliau walau apa jua.

Malah Lynda merasakan karier beliau sebagai PUBG streamer ini memberikan beliau jadual fleksibel untuk bekerja dan tidak hanya bergantung kepada pendapatan suaminya semata mata.

Beliau menyatakan, pada awal pembabitannya, pengikut beliau boleh dikira dengan jari.

Kini segalanya berubah, laman Facebook MissRose Gaming, kini sudah ada lebih 100,000 pengikut.

Di mana beliau meluangkan masa untuk steaming 3-5 jam untuk mendapatkan tontonan sebanyak 25,000 sehingga 150,000.

“Awalnya dahulu, saya hanya bergantung kepada wang daripada suami. Kini sebagai video steamer, kontrak kamu bergantung kepada pengikut dan jumlah tontonan.”

“Jika kita stream setiap hari, maka Facebook akan menghubungi kamu untuk menjadi rakan [partner] mereka. Sekarang inilah kerja saya.”

“Saya bermain video game sebab mahu ada pendapatan sendiri dan membantu keluarga saya.”

Lynda mendapat sokongan daripada keluarganya terutama suami. Lynda juga menyatakan beliau perlu bijak mengimbangi masa dan tanggungjawab sebagai seorang ibu dan karier gaming.

Beliau juga berpesan, untuk mencapai kejayaan, jangan sesekali berputus asa.

“Teruskan mencuba, walaupun korang gagal beberapa kali. Benda pertama korang kena buat adalah, kena set matlamat dan impian korang.”

Semoga terus sukses di dalam karier.

Baca yang lain

Penyokong Sociedad Ejek Greenwood

Mason Greenwood sekali lagi menjadi serangan lisan berbaur hinaan ke atasnya. Penyokong pelawat, penyokong Real Sociedad telah berkali kali melaungkan Greenwood pergi