Ejen kepada Said Benrahma bengang dengan West Ham yang melambatkan penghantaran dokumen ke ke Lyon untuk perpindahan pemain itu.
Kesannya, Benrahma tidak dapat menyertai Lyon pada deadline day kerana kerja ‘on the way’ versi Inggeris.
Benrahma dan keluarganya dilaporkan sangat bengang dengan kelakuan West Ham. Mungkin kerana alasan staf tak boleh OT?
Baiklah, sebenarnya Benrahma dan keluarganya sudah pun berada di Lyon. Dan menunggu dokumen akhir dikeluarkan oleh West Ham.
Lyon benar benar tidak faham dengan sikap West Ham. Kenapa mereka tidak menghantar dokumen tepat pada masanya?
Dalam kenyataannya, Lyon berkata: “Olympique Lyone sangat kesal mengumumkan bahawa perpindahan Said Benrahma gagal, atas alasan yang di luar kawalan kami.
“Dan timbul persoalan tentang sikap West Ham yang gagal menyelesaikan prosedur dokumentasi akhir, walaupun semua perjanjian sudah disepakati.”
Lyon meminta West Ham agar lebih bertanggungjawab di atas tindakan mereka.
Lyon mahu mengadu perkara ini kepada FIFA dan berharap perpindahan itu akan diselesaikan dengan budi bicara FIFA.
🚨⚠️ Understand Olympique Lyon will appeal to FIFA and release a statement after Saïd Benrahma deal OFF!
OL signed all documents, Benrahma too but West Ham did not proceed with TMS correct details.
OL are asking for explanation from West Ham. pic.twitter.com/ewlR19NxB8
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) February 1, 2024
Benrahma antara pemain yang dianggap penting dalam usaha Lyon mahu mengelak penyingkiran musim ini.
Lyon ketika ini di kedudukan ke-16 liga. Itu adalah kedudukan untuk play off.
Lyon mengumumkan 6 pemain baharu mereka. Antaranya, Nemanja Matic, Gift Orban dan Malick Fofana. Selain itu dua lagi pemain Brazil turut dibawa masuk iaitu Lucas Perri dan defender Adryelson.