Kelab legenda, Olympique Lyon kini berdepan dengan masalah besar dan dihukum untuk diturunkan ke divisyen 2.
Ini selepas kelab tersebut beberapa kali melanggar peraturan pengurusan kewangan Ligue 1.
Kelab yang melahirkan ramai legenda termasuk Juninho dan Benzema itu telah berdepan masalah kewangan yang kritikal.
Dan kelab itu juga beberapa kali melakukan kesalahan lain yang berkaitan dengan pengurusan kewangan.
Lyon akan digantung daripada jendela perpindahan akan datang, pada Januari. Di mana mereka dilarang membeli atau mendaftarkan pemain baharu.
Mereka masih boleh menjual pemain yang mereka ada, malah sangat digalakkan berbuat demikian untuk membantu kewangan kelab.
Untuk perintah hukuman disingkirkan ke divisyen bawahan, mereka perlu menyelesaikan masalah kewangan mereka sebelum tamat musim ini.
Hukuman itu sudah dijatuhkan kepada mereka cuma ianya akan berkuatkuasa pada akhir musim ini.
Lyon mulai berdepan dengan siasatan oleh Ligue 1 bermula tahun 2023 yang lalu. Dan selepas beberapa siasatan dibuat, mereka akhirnya gagal untuk meyakinkan Ligue 1 tentang keupayaan kewangan mereka.
Malah turut terjebak dalam beberapa kesalahan kewangan yang lain dalam usaha mereka mahu menyelamatkan diri daripada hukuman.
🚨⚠️ Official: Olympique Lyonnais have been handed a provisional Ligue 2 relegation.
It also includes a transfer BAN due to their financial situation. pic.twitter.com/jTEsT3nYb3
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) November 15, 2024
Lyon nampaknya perlu mencari pembeli kelab itu yang baharu. Yang memiliki sumber kewangan yang kukuh untuk menyelamatkan kelab mereka. Seperti mana dilakukan beberapa kelab lain sebelum ini.