Lyon: Pasukan Tak Diberikan Harapan, Mara Sehingga Semifinal, Ingatkan Kita Kepada Lyon Yang Dulu

Jika dalam generasi emas Lyon dulu mereka sarat dengan bintang. Dan kerap berstatus pasukan yang dianggap pencabar.

Namun berbeza dengan Lyon musim ini. Di mana mereka hadir dalam beberapa perlawanan sebagai pasukan bukan pilihan.

Lyon tak diberikan harapan untuk mara sejauh ini. Rekod mereka dalam Ligue 1 musim ini pun agak barai.

Sama seperti Bayern Munich, mereka juga berdepan dengan krisis prestasi yang membawa kepada pemecatan pengurus mereka pada musim ini.

Penamatan awal liga membuatkan mereka marah ketika liga ditamatkan awal kerana masih mahu mengejar slot ke Eropah musim hadapan.

Lyon menamatkan saingan di tangga ketujuh, yang membuatkan mereka gagal bermain di Eropah – sekurang kurangnya di UEL buat pertama kali sejak 1997.

Presiden Lyon turut membidas Ligue 1 kerana menurutnya, tiada perlawanan bola sepak akan membuatkan PSG dan Lyon bergelut dalam kempen UCL kerana kurang minit perlawanan.

Namun Lyon berjaya membuktikan mereka sangat kental.

Mereka menewaskan juara Serie A di peringkat 16 akhir. Dan kemudian menyingkirkan Manchester City di suku akhir.

Lawan mereka pada separuh akhir adalah Bayern Munich yang berada dalam prestasi terbaik mereka.

Tidak ada apa yang dimalukan untuk tersingkir dari separuh akhir berdepan dengan Bayern Munich selepas kempen sebaik ini.

Bayern ternyata memiliki kualiti skuad yang serba serbi lengkap dengan diisi nama bintang berbanding dengan Lyon.

Bayern menang 3-0 selepas 2 jaringan oleh Serge Gnabry dan satu lagi menerusi Robert Lewandowski. Pemain yang kelihatan tak mampu dihentikan langsung.

Prestasi Lyon mendapat pujian daripada peminat mereka dan peminat dari pasukan lain.

Dan prestasi musim ini juga berjaya mengingatkan kita semua bahawa Lyon masih ada di dalam saingan Eropah seperti dahulu, pada musim ini.

Sentimental value kepada Lyon di Malaysia ni agak tinggi. Kerana kita hidup dengan melihat kehebatan pemain seperti Benzema, Juninho, Sidney Govou, Fred dan Hatem Ben Arfa, Carew dan ramai lagi.

Pasukan yang sangat dominan di Perancis sehinggakan mereka menjuarai 7 kejuaraan Ligue 1 berturut turut.

Kejutan Lyon di UCL

Lyon musim ini mengejutkan ramain pihak di pentas UCL. Beberapa nama menjadi sensasi termasuk Aouar dan bekas bintang Man United, Memphis Depay yang bangkit menikmati prestasi terbaiknya.

Selayaknya mereka diberikan pujian. Disiplin mereka sangat tinggi dalam setiap perlawanan.

Dalam aksi berdepan dengan Man City mereka sangat bagus secara organisasi dan menyerang balas dengan tajam sekali.

Lyon melengkapkan 2 slot pasukan Perancis di pentas separuh akhir UCL buat pertama kalinya.

Lyon harus menjadikan kelompok yang ada ini sebagai asas kepada pembentukan pasukan lebih baik selepas ini.

Memang akan ada beberapa pemain akan dijual seperti yang sudah dibayangkan oleh mereka.

Namun hasil jualan itu boleh digunakan untuk melabur membeli pemain berbakat untuk masa depan kelab.

Β 

Baca yang lain