Kadang kadang gurauan kasar itu melampaui batas dan tanpa disedari mampu membuatkan seseorang itu hilang kerja.
Itulah yang berlaku kepada pemain Lyon, Marcelo yang dibuang dari Lyon kerana kelakuan tak senonohnya bergurau dengan kentut di bilik persalinan.
Juninho dikatakan tidak gembira dengan kelakuan pemain itu yang dianggapnya biadap. Ada banyak cara lain bergurau namun bukannya kentut sesuka hati.
Ini bukanlah kali pertama Marcelo menimbulkan kontroversi dengan gurauan nakalnya.
Kem Lyon ketika ini sedang dalam tekanan. Mereka memerlukan keajaiban untuk bertanding di pentas eropah seperti Liga Europa musim hadapan. Dengan slot ke UCL sudah tertutup buat mereka.
Musim ini, Lyon kalah di peringkat suku akhir UEL di tangan West Ham United. Ianya menutup peluang mereka untuk memenangi piala tersebut walaupun dianggap sebagai salah satu pasukan pilihan.
Lyon tamatkan kontrak pemain yang kentut selepas kalah 3-0
Sebelum musim berakhir, Marcelo secara rasmi telah dilepaskan oleh Lyon secara percuma. Ini kerana berkelakuan tidak selayaknya di bilik persalinan selepas kekalahan 3-0 mereka di tangan Angers pada Ogos 2021 yang lalu.
Marcelo tidak akan terlibat lagi dengan pasukan untuk baki musim ini, menurut laporan L’Equipe.
Juninho yang merupakan Pengarah Sukan Lyon pada masa itu pergi ke bilik persalinan kelab.
Dia melihat pemain se-Brazil itu dan kentut di hadapan semua orang sambil tergelak gelak dengan beberapa rakannya seolah olah tidak kisah dengan kekalahan memalukan itu.
Salah seorang rakannya mengakui dia hampir pengsan selama 5 minit kerana serangan bom asap dari ekzos Marcelo itu.
Marcelo mis à l’écart à l’OL car il lâchait de grosses caisses dans le vestiaire. Je suffoque depuis 5 minutes.
Via @lequipe pic.twitter.com/h9brLOlBkM
— Scipion (@Scipionista) May 9, 2022
Ketika itu Juninho mahu memberikan sepatah dua kata untuk membangkitkan semula Lyon. Namun semangatnya hilang melihat kelakuan Marcelo tersebut.
Bukan sahaja kentut dan kemudian meminta maaf kerana tak sengaja, malah dia dengan happy sekali menembak orang lain dengan kentutnya itu.
Marcelo seolah olah menganggap perbuatan kentut itu sesuatu yang kelakar untuk dibuat lawak terutama sekali di hadapan bos seperti Juninho yang juga merupakan legenda kelab.
Lebih teruk pada hari mereka kalah dengan kelab kerdil.
Juninho tidak begitu rapat dengan Marcelo menganggap pemain itu ada masalah dan harus disingkirkan.
Beberapa bulan selepas insiden itu, Lyon memberitahu Marcelo bahawa mereka memutuskan untuk membatalkan kontrak pemain itu dan dia dilepaskan sebagai ejen bebas.
Alasannya adalah, Marcelo berkelakukan tidak sepatutnya.
Bon et vraiment achetez le journal demain car l'article est un post-mortel terrible sur cette saison.
Un travail d'enquête fou, des dingueries à chaque paragraphe, y a de quoi péter un boulon.
On savait que c'était le merdier, c'était évident, mais là on a tout sous les yeux.
— Charly M. (@SeriousCharly) May 9, 2022
Insiden Marcelo dibuang padang kerana kad kuning kedua yang pelik
Marcelo yang pernah terkenal kerana insiden dia dituduh menepis kad kuning pengadil. Sedanhkan insiden itu berlaku secara tak sengaja.
Pengadil perlawanan sebenarnya terlepas kad dari tangannya dan Marcelo sedang membantah keputusan pengadil telah menyaksikan kad itu terkena tangannya.
Dalam beberapa saat, Marcelo mendapat kad kuning kedua dan dibuang padang. Apa yang berlaku benar benar mengejutkan pemain tersebut.
Lyon’s Marcelo receives bizarre red card after accidentally flicking the yellow card out of the referee’s hand. pic.twitter.com/McZSlx10m9
— Ball Street (@BallStreet) October 3, 2017
Ia dianggap sent off paling malang dalam karier Marcelo.