M3: Bola Sepak Perlis Kembali Melalui KSK Tambun Tulang, Kini Dikenali Sebagai Perlis United

Pada hujung Februari 2019, bola sepak Perlis mengalami detik gelap. Pasukan Perlis (dijenamakan dengan nama Perlis Northern Lion-PNL) digantung oleh Malaysia Football League (MFL).

Keputusan itu dibuat setelah Ahli Lembaga Pengarah MFL mendapati pasukan yang bersaing dalam Liga Premier itu tidak memiliki jaminan kukuh daripada struktur kewangan.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL pada ketika itu, Kevin Ramalingam berkata, keputusan Ahli Lembaga Pengarah MFL untuk membatalkan penyertaan Perlis dibuat selepas mereka meneliti secara terperinci dokumen kewangan yang diserahkan oleh Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) selepas tarikh akhir Isnin lalu (18 Februari 2019).

Gambar terakhir yang dimuatnaik oleh halaman rasmi pasukan Perlis ketika isu penggantungannya sedang hangat

Berdasarkan dokumen kewangan berkenaan, Ahli Lembaga Pengarah MFL mendapati sumber pendapatan PFA termasuk daripada penajaan berdasarkan perancangan kewangan mereka tidak mencukupi untuk menguruskan pasukan bersaing dalam Liga Malaysia musim ini.

Kelab Sukan Komuniti (KSK) Tambun Tulang berpengakalan di Perlis, juara M4: Liga Amatur Perlis

Pada musim lepas sekurang-kurang terdapat 12-15 liga membentuk M4 iaitu divisyen ke-4 bola sepak di Malaysia.

Mengikut perancangan asal M4 akan dibina dengan 1 liga berasaskan 24 pasukan, dan M5 akan dihuni dengan beberapa liga amatur.

Namun ia masih belum mampu dilaksanakan. M4 masih kekal dengan beberapa liga amatur dan juara dari setiap liga boleh memohon untuk bermain di M3.

KSK Tambun Tulang juara M4: Liga Amatur Perlis. Tambun Tulang layak memohon untuk bermain di M3. Tambun Tulang disahkan akan bermain di M3 2020.

Pada musim 2019, Tambun Tulang menjadi naib juara kumpulan C Liga Amatur Perlis. Menewaskan juara kumpulan B, KSR A di peringkat suku akhir.

Seterusnya menewaskan juara kumpulan A, KSR B dengan agregat 4-1 dan langkah itu disempurnakan apabila menewaskan juara kumpulan C, Northern Lions.

Maka lengkaplah perjalanan KSK Tambun Tulang ke M3 dengan menewaskan kesemua juara kumpulan di Liga Amatur Perlis.

Tambun Tulang dijenamakan semula dengan nama Perlis United

Nama kelab Tambun Tulang tidak lagi asing dalam kancah saingan pasukan amatur di Malaysia.

Kelab yang ditubuhkan pada 2002 ini berjaya meraih slot promosi ke Liga Perdana musim 2009 apabila meraih tempat ke-2 Liga FAM dibelakang Pos Malaysia.

Namun pada ketika itu KSK Tambun Tulang menolak untuk bermain di Liga Perdana kerana tidak mempunyai kewangan yang kukuh.

Tambun Tulang belum bersedia dari sudut kewangan walaupun layak bermain di Liga Perdana 2010. Tambun Tulang Undur seperti yang ditulis dalam laporan akhbar pada ketika itu

Slot yang diperolehi Tambun Tulang diberi kepada pasukan ke-3, Kelab Bola Sepak Universiti Sains Malaysia (USM FC).

Selepas layak bermain di M3 pada musim ini, KSK telah dijenamakan dengan nama Perlis United. Ia agak baik kerana tiada pasukan pada ketika ini beroperasi di Perlis.

Perlis United akan diuruskan oleh Optimus Sport Sdn Bhd. Langkah pertama syarikat ini mahu memenuhi syarat perlesenan kelab. Satu syarat yang diperlukan apabila pasukan mahu bermain di liga profesional sepenuhnya.

Bagaimana liga struktur liga M3 pada musim 2020

Pada musim lepas ia merupakan musim pertama divisyen 3 ini disebut M3. Sebelum ini ia dikenali sebagai Liga FAM.

Perubahan struktur pengurusan liga kepada Amateur Football League (AFL) melihat struktur liga ini diperbaiki.

Perlis United akan bertemu Kelantan pada 3 Februari dalam persiapan menghadapai saingan M3

Pada musim lepas juga, menyaksikan 14 pasukan bermain di dalam 1 kumpulan secara home & away.

Musim ini, M3 kembali dengan format sebelumnya. Mempunyai 2 kumpulan. A dan B.

Setiap kumpulan mempunyai 10 pasukan, bermakna terdapat 6 penambahan pasukan di M3 berbanding musim sebelumnya.

Berikut adalah 20 pasukan yang akan bermain di M3.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=488822348503305&id=291530401565835

Baca yang lain