‘Maafkan Saya Kepada Yang Terasa Hati’

Pemain pertahanan pasukan Kedah, Azmeer Yusof telah meminta maaf kepada mana mana pihak yang terasa hati dengan post beliau tempoh hari berkaitan dengan pengurusan kewangan.

Azmeer di dalam kenyataannya berkata:

“First of all, saya mohon sejuta kemaafan kepada sesiapa yang terasa hati dengan posting saya baru-baru ni. Bukan niat nak perli mana-mana pihak, bahkan lebih kepada nak menunjukkan tentang KEBODOHAN diri sendiri tentang kesilapan lalu agar tidak terjadi kepada orang lain.

“Dan kita kena akui ramai orang yang mempunyai masalah seperti apa yang saya ceritakan baru-baru ini. So saya meletakkan diri saya sebagai bahan ‘kecaman‘ agar yang pernah berada dalam situasi saya boleh lakukan apa yang sepatutnya mulai sekarang.”

“Btw, yang mana masih tidak dipilih Allah untuk merasai apa yang saya pernah lalui dahulu Alhamdulillah.”

“Sekiranya sewaktu ini atau selepas ini anda dipilih Allah utk merasai apa yang saya pernah lalui, jangan segan silu pm saya. In syaa Allah saya tolong mana yang boleh.”

“Posting saya yang lepas menunjukkan tentang keaiban diri saya sendiri sampaikan ada artikel menulis saya dibebani hutang sampai sekarang.”

“Kepada penulis-penukis yang membuatkan saya ni terlalu ‘ miskin, ‘ saya nak share tentang kejayaan saya selepas saya berubah sedikit demi sedikit dengan apa yangg terjadi. “

“Lepas ni MINTA TOLONG jangan tulis artikel cakap ‘ Azmeer Yusof tayang harta ‘ pula ye.”

“Alhamdulillah dengan izin Allah saya sudah mempunyai 4 buah rumah, 2 buah kereta, simpanan emas & cash money.”

“Doakan pula selepas ini tanah saya di Alor Setar dipermudahkan untuk saya buat pecahan Lot utk saya bantu golongan muda yang susah nak beli rumah dari bank. “

“Kpd yg berminat dengan Lot rumah tersebut ( mengikut terma & syarat ) tunggu posting dari saya seterusnya in syaa Allah.”

“Sebab tu yang mana follow saya dari dulu, saya tak pernah usik tentang gaji bola sepak masuk atau tidak. Sebab saya dah ada secukupnya utk tampung kehidupan saya & keluarga. “

“Zakat & Sedekah jangan sesekali lupa. Buatlah amal jariah sebanyak mungkin. Tak selamanya kita hidup.”

“Kepada pemfitnah atau yang kecam saya macam-macam, saya sentiasa maafkan kalian. Jangan kita putuskan silaturrahim hanya kerana satu posting.

“Maafkan saya untuk segalanya.”

“Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin.”

Baca yang lain