Kapten Chelsea, Reece James telah mengambil tanggungjawab di atas kekalahan Chelsea di tangan Newcastle. Dia menyebabkan pasukannya terpaksa bermain 10 pemai setelah dibuang padang pada minit ke-73.
James dengan beraninya meminta maaf dan mengakui dia membuat dua kesilapan bodoh yang membuatkan pasukannya sukar untuk bangkit.
Chelsea menelan satu lagi kekalahan musim ini. Kali ini kalah 4-1 di tangan Newcastle yang merupakan pencabar untuk top 4.
Kekalahan itu kini menyukarkan Chelsea untuk terus mendaki carta liga.
Alexander Isak meletakkan Newcastle di hadapan seawal minit ke-13, namun Sterling menyamakan kedudukan 10 minit kemudian. Separuh masa pertama berakhir dengan keputusan 1-1.
Pada separuh masa kedua, Newcastle melebarkan kedudukan menjadi 3-1 menerusi Jamal Lescelles pada minit ke-60, dan gol Joelinton seminit kemudian.
Ketika pasukannya rancak cuba bangkit, Reece James dibuang padang minit ke-73. Dan akhirnya Newcastle mendapat gol keempat 10 minit kemudian selepas dia dibuang padang.
James benar benar kesal di atas kesilapannya dan berjanji akan belajar daripadanya.
Menerusi akaun Instagramnya, Reece James berkata: “Saya mengambil sepenuhnya tanggungjawab di atas kad merah yang saya kutip hari ni, sebab dua kesilapan bodo. Satu lagi pengajaran untuk saya pelajari.”
“Persembahan kami hari ini di bawah standard kami, namun perlawanan ini bukan rumusan kepada pasukan kita.”
Reece James menegaskan bahawa Chelsea akan bangkit minggu depan dengan segera. Di mana The Blues akan beraksi menentang Brighton selepas ini.
Dia menambah: “Kami telah melakukan peningkatan yang besar musim ini berdepan banyak pasukan besar. Kami akan bangkit minggu depan.”
Di ruangan komen James mendapat sokongan daripada pemain seperti Thiago Silva dan peminat peminat Chelsea yang memaafkannya.
Mereka memuji sikap James yang dianggap berjiwa besar mengakui kesilapan dirinya. Ciri ciri seorang kapten sebenar.