MABA Dikecam Rakyat Malaysia Kerana Tak Kenal Jalur Gemilang

Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) dikecam oleh netizen kerana tidak mengenali Jalur Gemilang.

Semalam berlangsungnya upacara pembukaan Kejohanan MABA Milo Lum Mun Chak Cup (2019) Ke-28. Sebagaimana majlis rasmi di mana-mana sahaja di dalam negara, lagu ‘Negaraku’ wajib dimainkan pada acara pembukaan.

Anehnya, pada skrin gergasi stadiuum, bukan bendera Malaysia yang kebiasaannya kita lihat dikibarkan. Sebaliknya ia adalah bendera yang seakan-akan bendera Malaysia dengan bintang yang memiliki lima bucu.

To All Our Fellow Malaysians & Basketball Friends,

Tonight was the opening ceremony of the 28th MABA Milo Lum Mun Chak…

Posted by Malaysia Basketball Association on Monday, November 25, 2019

Bendera Malaysia juga mempunyai 14 jalur. Manakala bendera yang dipaparkan di skrin gergasi tersebut hanya ada 10 jalur.

Sekiranya bendera Indonesia atau pun Thailand yang dipaparkan, kita boleh faham ia mungkin berlaku kekeliruan kerana kecetekan pengetahuan pihak berkenaan.

Persoalannya ialah bagaimana kesilapan sebegini boleh dilakukan di pertandingan dan kejohanan peringkat kebangsaan yang dikelolakan oleh sebuah persatuan kebangsaan? Semua ini tidak masuk akan.

Bukan mahu menuduh, tetapi ia seakan-akan dilakukan secara sengaja, seolah-olah ada agenda tersirat di sebalik perkara yang dilabel sebagai ‘kesilapan’ oleh MABA.

Lebih menyedihkan, tidak ada permohonan maaf yang ditulis menggunakan Bahasa Kebangsaan.

Walaupun pihak MABA tampil dengan permohonan maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia, perkara sebegini wajar disisat dengan lebih mendalam oleh pihak berkuasa.

Ini bagi memastikan setiap daripada kita – terutamanya rakyat Malaysia – benar-benar faham erti kedaulatan sesebuah negara di sebalik bendera seperti Jalur Gemilang.

Selain daripada permohonan maaf, tiada penjelasan oleh pihak MABA bagaimana kesilapan tersebut boleh berlaku, atau siapakah yang bertanggungjawab membenarkan Jalur Gemilang dihina sebegitu.

Jika benar ianya dilakukan secara sengaja, jelas tindakan sebegitu sudah melampaui batasnya!

 

Baca yang lain