Polis Itali pada Isnin lalu berjaya menahan salah seorang ketua mafia Sicily yang paling terkenal, Matteo Messina Denaro, yang telah menjadi buruan selama 30 tahun.
Lelaki berusia 60 tahun itu ditahan selepas melawat klinik kesihatan di ibu kota Sicily, Palermo tempat dia dirawat, dan menyerah diri tanpa melawan.
Messina Denaro, yang dilaporkan pernah angkuh menyatakan bahawa bahawa dia boleh “memenuhi satu kawasan perkuburan besar” dengan mangsanya. Dia pernah menjadi tokoh terkemuka dalam Cosa Nostra, sindiket jenayah mafia terbesar di Sicily yang digambarkan dalam filem Godfather.
Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni terbang ke Palermo untuk mengucapkan tahniah kepada pegawai polis secara peribadi atas apa yang disebutnya sebagai “tamparan hebat kepada jenayah terancang”.
Bekas ketua mafia itu, yang melarikan diri sejak 1993, dipercayai telah menjalani rawatan biasa untuk kanser kolon dan menggunakan identiti palsu.
Pendakwa raya berkata dia tidak bersenjata ketika ditangkap dan kelihatan dalam keadaan sihat, berpakaian kemas dengan aksesori mewah termasuk jam tangan mewah berharga 35,000 euro.
Messina Denaro adalah salah seorang ketua mafia paling kejam, yang pernah dihukum penjara seumur hidup pada tahun 2020 kerana pembunuhan hakim anti-mafia Giovanni Falcone pada 1992.
Namun dia tidak hadir ke mahkamah dan berjaya melarikan diri.
Ketua pendakwa raya Maurizio De Lucia mengesahkan bahawa walaupun statusnya sebagai pelarian, dia pernah menjadi “pengusaha besar”, dengan “ada hubungan dengan mafia lain dan sumber ekonomi”.
Jadi, dia tidak ada masalah dari segi kewangan kerana dia sebenarnya memiliki rangkaiannya yang masih berhubung dengannya.
Cosa Nostra, yang dalam beberapa tahun kebelakangan ini telah dikalahkan oleh saingan mafia Ndrangheta.
Namun Denaro pernah memberikan amaran kepada pihak berkasau: “Jelas sekali mafia tidak akan pernah dapat dikalahkan, dan kesilapan terbesar ialah menganggap permainan sudah berakhir,” katanya.
“Sebab permainan belum tamat.”