Pasukan pilihan Argentina dikejutkan oleh Maghribi dengan kekalahan 1-2 pada aksi pembukaan Sukan Olimpik acara bola sepak.
Perlawanan sarat dengan kontroversi apabila pengadil turut terpaksa menghentikan seketika perlawanan selepas berlaku kekacauan penyokong.
Argentina turut dicemuh oleh sebahagian besar penyokong yang dianggap sebagai tindak balas yang terhadap rakaman yang menunjukkan pemain mereka melaungkan lagu yang dilabelkan Persekutuan Bola Sepak Perancis sebagai “perkauman dan diskriminasi” berikutan kemenangan di Copa America awal bulan ini.
Perlawanan Argentina menentang Maghribi pada hari pertama bola sepak lelaki di Sukan Olimpik dilanda huru-hara selepas pencerobohan padang memaksanya ditunda selama lebih sejam, dengan perlawanan akhirnya disambung semula secara tertutup dan pasukan benua Afrika itu menang 2-1 selepas gol penyamaan oleh lawan mereka telah diketepikan oleh VAR.
Fewer than 10 days since Argentina players celebrated winning the Copa America by singing a racist song about the France national team, French & Moroccan supporters show their displeasure during Argentina's national anthem. 😳pic.twitter.com/92N2z8bAFo
— Men in Blazers (@MenInBlazers) July 24, 2024
Gol minit ke-106 Cristian Medina untuk Argentina 16 minit sebelum masa kecederaan untuk menyamakan kedudukan 2-2 mencetuskan drama liar di Stade Geoffroy-Guichard di Saint-Etienne, dengan objek turut dibaling ke arah pemain Amerika Selatan oleh penonton dalam suasana kemarahan.
Peminat tidak berpuas hati dengan jumlah masa tambahan diberikan pengadil. Mereka memecah masuk ke dalam padang. Namun pengadil menyatakan pemberian masa kecederaan 15 minit itu kerana Maghribi banyak melengahkan perlawanan.
Vos entendés que en FRANCIA, primer mundo, entraron petardos y UNA BOMBA DE ESTRUENDO a la cancha? Después se quejan de una canción de Argentina. Los Juegos Olímpicos empiezan con un papelón histórico, pero como la víctima es una selección sudamericana no te lo van a decir pic.twitter.com/Ks2lqh3hNv
— Agustín Muzzu (@AgustinMuzzu) July 24, 2024
Petugas keselamatan bekerja keras mengeluarkan penceroboh padang dari lapangan permainan.
Cualquier cosa esto. Les tiraban botellas a los jugadores de Argentina y se metieron 800 marroquíes a la cancha pic.twitter.com/O7ZlJxkuKh
— Celina (@CeliUnzue) July 24, 2024
Kedua-dua pemain telah dikeluarkan dari padang oleh pengadil, dengan pertandingan itu terpaksa dihentikan seketika.
Akhirnya diumumkan bahawa tiga minit terakhir permainan akan diteruskan secara tertutup. Penyokong diarahkan keluar dari stadium.
Selepas tergendala 2 jam, perlawanan disambung semula. Dan berlaku satu lagi drama. Di mana ketika perlawanan disambung semula, VAR telah menyemak gol Medina. Dan membatalkannya kerana ofsaid.
Cristian Medina's late equaliser for Argentina against Morocco in the Olympics has JUST NOW been ruled out for offside…
The game was suspended more than an hour ago.
Players are now returning to the pitch to play 3 more minutes of the game.
What on earth 🤣🤣🤣 pic.twitter.com/98dNBx8QoT
— george (@StokeyyG2) July 24, 2024
Ianya menjadi ‘delay’ paling lama dalam sejarah VAR.
The longest VAR delay in football history 👀
Argentina's 116th-minute equaliser against Morocco has just been ruled out due to an offside.
This means the game will continue for another three minutes after it was suspended over an hour ago 😳#Paris2024 pic.twitter.com/5k8IB8iFWT
— Eurosport (@eurosport) July 24, 2024
Keadaan itu membuatkan kem Argentina benar benar marah. Argentina, pemenang pingat emas 2004 dan 2008, secara keseluruhannya tidak mencapai prestasi terbaik mereka menentang Maghribi walaupun menurunkan tiga pemenang Copa America dengan adanya Julián Álvarez, Nicolás Otamendi dan penjaga gol Gerónimo Rulli.
Javier Mascherano menganggap penganjur sebagai badut sarkis. Dia berkata: “Keputusan penganjur hari ini adalah jenaka. Ini adalah sarkas terbesar pernah saya lihat.”
Sementara Lionel Messi menyindir di IG-nya menganggap apa yang berlaku sebagai luar biasa.
Lionel Messi reacts to men's #Football opener at #Paris2024 where Argentina lost 2-1 to Morocco, a match which involved pitch invasion and a late Cristian Medina equaliser being ruled out due to offside play in the build-up👀 pic.twitter.com/HVjdLDuHKH
— Sportstar (@sportstarweb) July 24, 2024