Cruzeiro telah memenangi treble dalam pertandingan domestik apabila menjuarai Campeonato Mineiro, Copa do Brazil dan Brasileiro Seria A dengan skuad yang cemerlang.
Pada musim itu pasukan ini telah menjaringkan 102 gol dan meraih 100 mata liga.
Kenapa Cruzeiro dikatakan sebagai antara salah satu pasukan paling berjaya dalam sejarah domestik Brazil.
Baca sebabnya…
Heurelho Gomes mengukuhkan dirinya sebagai penjaga gawang Cruzeiro pada tahun 2003, selepas dipromosi ke skuad utama pada musim sebelumnya.
Prestasinya sangat mengagumkan bersama Cruzeiro sehingga dipanggil menyertai skuad kebangsaan Brazil pada Piala Emas CONCACAF 2003.
Secara fizikal, penjaga gol ini mempunyai lengan yang panjang, sangat membantu ketika mematikan hantaran lintang dari pasukan lawan. Dia digelar sebagai Octopus (sejenis sotong) kerana tangannya itu.
Pada tahun 2004, Heurelho telah menarik minat Pet de Visser. De Visser merupakan pemantau bakat dari PSV Eindhoven yang bertanggungjawab membawa Ronaldo dan Romario ke eropah.
Disitu bermulanya pengembaraan pemain ini ke eropah apabila menyertai PSV seterusnya ke Tottenham Hotspurs, Hoffenheim dan Watford.
Bola sepak Brazil dikatakan satu tempat yang dipenuhi dengan pemain berbakat dalam kategori menyerang, tetapi salah satu kekuatan skuad Cruzeiro adalah di bahagian pertahanan.
Maicon boleh dikatakan salah seorang pertahanan kanan terbaik abad ke-21, memberi saingan sengit bagi posisi pemain utama skuad Jose Mourinho ketika di Inter Milan.
Di pertahanan tengah, Wanderley Luxemburgo (jurulatih Cruzeiro) mempunyai Cris, yang akhirnya memenangi 4 gelaran Ligue 1 secara berturut-turut bersama Lyon.
Luxemburgo juga mempunyai Edu Dracena. Luisao juga berada dalam skuad itu sebelum menyertai Benfica pada pertengahan tahun 2003.
Leandro melengkapkan 4 pertahanan Cruzeiro di sebelah kiri, pemain pertahanan yang sering naik dan turun. Pemain ini menyertai FC Porto pada tahun 2004.
Berikut 5 pemain di bahagian belakang Cruzeiro 2003 yang berjaya menembusi eropah pada tahun yang hampir sama.
- GK: Heurelho Gomes, ke PSV Eindhoven (2004)
- DR: Maicon, ke AS Monaco (2004)
- DL: Leandro, FC Porto (2005)
- DC: Luisao, ke Benfica (2003)
- DC: Cris, ke Lyon (2004)
Setiap kelab di Brazil kebiasaanya mempunyai pemain no.10 yang hebat. Cruzeiro tidak terkecuali, mereka mempunyai Alexsandro de Souza atau lebih dikenali sebagai Alex.
Wartawan Brazil, Tim Vickery mengatakan pemain ini sangat pintar dan seperti pemain catur yang mampu melihat apa yang akan berlaku pada 5 langkah dihadapan.
Dia menjadi lagenda di Turki namun kurang dikenali di tempat lain. Alex menyertai Fenerbahce dan menghabiskan 10 hingga 11 musim disana sebelum kembali ke Brazil.
Jentera tengah dikawal oleh Alex dan seorang pasangan lagi yang berjaya menembusi eropah iaitu Fillipe Melo.
Melo yang tiba dari Flamengo pada musim sebelumnya cukup berpuas hati dengan persembahan semusimnya bersama Cruzeiro.
Pemain tengah dari Chile, Cladio Maldonando menjadi pelengkap Melo apabila menyertai Fenerbahce dengan kata-kata Vickery, seimbang dengan baik dan sesiapa yang mahu ‘membuli’ Melo akan menerima padah.
Luxemburgo terpaksa membuat perubahan di bahagian serangan ketika musim sedang berjalan apabila bintang mereka Deivid meninggalkan kelab untuk menyertai Bordeaux.
Penyerang ini sedang menjaringkan 15 gol dalam 19 perlawanan.
Cruzeiro mempunyai Victorian Aristizabal, penyerang dari Colombia yang mampu menyudahkan peluang yang dicipta Alex.
Sekiranya Aristizabal tidak ada, maka Mota akan mengisi kekosongan itu. Kedua-dua penyerang ini menjadi faktor di sebalik Cruzeiro mampu menjaringkan lebih 100 gol di liga.
- MC: Alex, ke Fenerbahce (2004)
- MC: Fillipe Melo, ke Mallorca (2005)
- SC: Daivid, ke Bourdeaux (pertengahan 2003)
- SC: Mota Chunnam Dragon (2004)
Selepas majoriti pemain Cruzeiro diborong oleh kelab-kelab eropah, Luxemburgo menyertai Santos. Jurulatih ini membimbing kelab itu menjuarai liga pada tahun pertama dia disana.
Luxemburgo mencapai titik tertinggi sebagai jurulatih apabila dipanggil oleh Real Madrid menguruskan kelab itu pada 2004 namun dipecat pada Disember 2005 dan dia kembali ke Santos.
Walaupun gagal di Real Madrid kejayaannya memenangi 5 gelaran Serie A (Brazil) tetap tidak dapat ditandingi oleh pengurus lain.
Merekod kejuaraan treble di Brazil bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan, terdapat saingan sengit melibatkan banyak kelab kuat.
Selepas Luxemburgo dan Cruzeiro melakukannya, hampir keseluruhanan skuad utamanya mendapat peluang bermain di eropah dan ia menjadi antara kisah paling hebat di sana.