Maguire Bengang Ada Pemain Mahu Jatuhkannya Dan Naikkan Ronaldo Jadi Kapten

Para pemain Man United dilaporkan tidak senada dalam isu ketua pasukan. Dalam minggu pertama latihan di bawah Erik Ten Hag, sudah ada pemain yang menyuarakan sokongan mereka kepada Cristiano Ronaldo berbanding Maguire.

Erik Ten Hag sebelum ini sudah berjanji bahawa beliau akan membincangkan isu captaincy. Sama ada Harry Maguire kekal atau tidak, apa yang pasti nama Maguire masih dalam senarai untuk menggalas tugasan itu.

Beberapa calon lain termasuk Cristiano Ronaldo, Bruno Fernandes dan David De Gea.

Simon Stone dari BBC melaporkan bahawa, ketika ini para pemain terbahagi sokongan kepada dua kem iaitu team Maguire dan team Ronaldo.

Situasi itu membuatkan Maguire kurang gembira. Ini kerana dia merasa dirinya tidak dihormati.

Gary Neville sebelum ini menegaskan bahawa, Maguire sebenarnya sudah meningkatkan ,kualiti kaptennya pada musim 2020/21, tetapi kehadiran Ronaldo membuatkan dia kehilangan keyakinan.

Maguire sebelum ini menarik minat daripada Barcelona. Dan kelab Catalan itu mencadangkan agar Man United menyertakan nama bek tengah itu dalam perjanjian Frenkie De Jong.

Tetapi Ten Hag kekal dengan pendirian bahawa Maguire adalah pemain penting dalam projeknya.

Maguire diberikan jaminan akan menjadi pemain utama dalam pasukan musim baharu.

Ronaldo menjadi pemain yang dianggap paling berkarisma dalam pasukan United yang ada ketika ini.

Isu kepimpinan di atas padang sudah lama menjadi isu panas di United. Terutama sekali sejak Maguire dilantik menjadi kapten.

Maguire dinggap tidak layak menjadi kapten kelab sebesar Man United. Ole Gunnar Solskjaer adalah orang yang bertanggungjawab memberikan lilitan kapten kepada Maguire.

Kehadiran Rangnick secara interim pula, pengendali asal Jerman itu menyatakan bahawa dia tidak mahu masuk campur dalam isu kapten kerana musim baharu, pengurus lain yang akan mengendalikan United, iaitu Erik Ten Hag.

Jadi adalah lebih baik dia menyerahkan sahaja isu itu kepada Ten Hag.

Rata rata peminat Man United setuju bahawa Ronaldo harus dijulang sebagai kapten menggantikan Harry Maguire. Maguire menjadi pemain yang sangat banyak menerima kritikan musim lalu atas pelbagai sebab dan alasan termasuk isu kepimpinannya yang dipersoalkan.

BACA JUGA: Manchester United Tolak Permintaan Barca Mahukan Maguire Disertakan Dalam Rundingan De Jong

Manchester United menolak permintaan Barcelona agar menyertakan Harry Maguire dalam rundingan mendapatkan Frenkie De Jong.

Barcelona sudah dikaitkan dengan pemain bek tengah itu sejak musim lalu lagi. Ini kerana mereka mahukan bek tengah yang sudah berpengalaman, terutama sekali untuk menggantikan Gerard Pique pada masa akan datang.

Rundingan antara Man United dan Barcelona untuk Frenkie De Jong sudah lama bermula dan sedang rancak berlangsung.

Manchester United sebelum ini dikatakan sudah mengemukakan 2 tawaran kepada kelab Catalan itu. Namun kedua duanya ditolak kerana harga.

Tetapi Barcelona dan United masih di landasan yang positif dalam rundingan tersebut.

Frenkie De Jong awalnya sudah memberitahu dia tiada niat untuk meninggalkan Barcelona. Tetapi Xavi sudah berjumpa pemain itu sendiri memberitahu bahawa BOD kelab meminta dia menjual pemain itu.

Selain daripada atas faktor ekonomi, untuk mendapatkan wang serta mengosongkan bil gaji, Xavi juga menjelaskan bahawa BOD Barca tidak berpuas hati dengan prestasi pemain itu sejak tiba di Nou Camp.

Barcelona juga berusaha memastikan mereka dapat membeli dan mendaftarkan Robert Lewandowski atau Bernardo Silva dalam perpindahan kali ini. Ianya hanya dapat dilakukan jika mereka melepaskan De Jong.

Namun Bernardo Silva diletakkan tanda harga EUR100 juta oleh City. Jadi agak mustahil Barca membeli pemain itu berbanding Lewandowski yang diletakkan tanda harga EUR50 juta.

Buat masa ini, hanya United yang benar benar serius mahukan De Jong. Dan Barcelona pula terdesak mahu melepaskan pemain itu. Membuatkan United tidak bimbang untuk tawar menawar.

Tetapi United sudah meletakkan tarikh akhir 30 Jun ini untuk rundingan De Jong. Jika tiada kesepakatan dicapai, mereka akan pergi ke sasaran lain.

Erik Ten Hag tidak berganjak dengan minatnya ke atas De Jong. Kerana pemain itu penting untuk taktikalnya, selain daripada kekurangan depth di bahagian tengah selepas pemergian Pogba dan Matic.

Richard Arnold sebelum ini bertemu dengan sekumpulan peminat Man United dan menyebut bahawa kelab benar benar berusaha mendapatkan Frenkie De Jong.

United kini berusaha untuk memastikan rundingan ini akan dimeterai. Mereka sedia meningkatkan lagi tawaran sehingga mencapai kata sepakat dengan Barca.

Barca meletakkan tanda harga €80 juta iaitu angka yang mereka bayar kepada Ajax sebelum ini ketika mendapatkan pemain tengah antarabangsa Belanda itu.

United meletakkan penilaian harga jauh lebih rendah daripada angka tersebut.

Tetapi Barca berkeras mahu mendapatkan harga yang mereka mahukan. Sky Sports melaporkan bahawa laporan di Sepanyol, menyatakan bahawa Barcelona mencadangkan agar Harry Maguire disertakan dalam rundingan tersebut.

United sama sekali tidak terfikir akan langkah tersebut.

Beberapa bulan lalu, Maguire mendengar minat Barcelona ke atasnya dan dia sudah berjumpa dengan Ten Hag mahukan kepastian. Pengurus itu berterus terang menyatakan bahawa dia mahu Maguire terus kekal.

Ten Hag dalam sidang medianya berkata bahawa dia percayakan Maguiure. Dia berkata : “Musim baharu, adalah musim, berbeza.”

Menurut Ten Hag, Harry Maguire telah mencapai banyak kejayaan sepanjang kariernya terutama sekali bersama Man United. Dia juga merupakan bek tengah yang banyak menyumbang kepada Manchester United.

Jadi, Ten Hag ada alasan kukuh untuk tidak sabar sabar mahu bekerjasama dengan Harry Maguire. Sekaligus menepis sebarang spekulasi bahawa Ten Hag mungkin akan menjual pemain itu.

“Dia [Harry Maguuire] melakukan tugasnya dengan hebat sekali. Dia pemain yang hebat. Dia mencapai banyak kejayaan di United, dengan sumbangannya yang banyak kepada Manchester United. Saya sudah tak sabar sabar nak bekerjasama dengan beliau.”

Harry Maguire musim ini kerapkali menjadi pemain yang dikritik oleh penyokong Manchester United. Malah ramai yang menganggap Maguire terlalu jauh standardnya untuk menjadi kapten Manchester United.

Pemain bek tengah England itu dibeli dengan nilai £80 dari Leicester pada 2019. Dan kini sudah memiliki 42 kaps bersama England.

Pandangan Erik Ten Hag tentang Maguire ini juga selari dengan laporan sebelum ini yang menyatakan bahawa Ten Hag mahu menjadikan Maguire sebagai asas penting dalam pertahanan pasukannya.

Di mana Manchester United kini sudah merancang untuk menjual beberapa nama dari bahagian pertahanan mereka. Ini termasuk Aaron Wan Bissaka dan juga Erik Bailly.

Baca yang lain