Ralf Rangnick dijangka akan merehatkan kapten pasukan, Harry Maguire dalam aksi berdepan dengan Arsenal.
Perlawanan yang sangat penting melibatkan 2 pasukan yang bersaing secara langsung untuk merebut slit ke UCL musim hadapan.
Laurie Whitewell melaporkan, Rangnick memang mempertimbangkan untuk merehatkan Maguire kerana krisis prestasi pemain itu.
Seterusnya, ancaman bom yang diterima oleh Maguire baru baru ini menguatkan lagi keputusan Rangnick untuk merehatkan pemain itu.
Ini kerana Rangnick merasakan bahawa Harry Maguire memerlukan rehat pada ketika ini.
Namun Harry Maguire akan berada di bangku simpanan dan sedia untuk masuka apabila diperlukan.
Hal ini kerana Man United berdepan dengan krisis kecederaan yang agak kronik pada masa ini.
Bos interim Manchester United itu juga telah merakamkan mesej sokongan kepada Harry Maguire selepas pemain pertahanan itu dan keluarganya menerima ancaman bom awal minggu ini.
Pada hari Rabu, satu e-mel dihantar kepada Maguire yang mendakwa peranti bahan letupan telah ditanam di hartanah Alderley Edge miliknya.
Polis Cheshire menjalankan pemeriksaan di rumah yang dia tinggal bersama tunangnya Ferne Hawkins, dan dua anak kecil mereka,
Pasukan pengesan bom, dan juga anjing pengesan turut dikejarkan ke rumah Maguire. Namun tiada peranti ditemui.
Ralf Rangnick preparing to take Harry Maguire out of #MUFC line-up vs Arsenal. Seen as good time for break amid form + after bomb threat.
Personal security heightened.
Maguire set for bench at Emirates. Squad travelling down today.@TheAthleticUK https://t.co/iVvtQaPZgf
— Laurie Whitwell (@lauriewhitwell) April 22, 2022
Harry Maguire sangat terkejut dengan insiden yang menakutkan itu, dan Rangnick telah menyatakan semua orang di kelab itu berada di belakang kapten mereka itu untuk menyokongnya.
“Saya masih belum berjumpa dengannya kerana saya baru mengetahui tentang perkara yang dahsyat dan menakutkan ini petang semalam dan sejak itu saya tidak masih belum ada kesempatan bercakap dengannya,” kata Rangnick pada pada sidang media Jumaat.
“Ini adalah satu lagi petanda buruk tentang dunia gila yang kita diami dan jelas sekali, saya amat kesal dengan Harry kerana dia mengalami pengalaman yang mengerikan itu.”
“Dia tahu bahawa kami semua berada di belakangnya, kelab juga berada di belakangnya, semua orang, pemain, rakan sepasukannya.
“Cukup menyedihkan apabila perkara gila seperti itu berlaku.”
“Jadi saya tidak fikir ada kemungkinan besar dia akan dapat bermain semula.”
Pemain pemain lain dari kelab lain juga turut menyatakan sokongan kepada Harry Maguire. Antaranya Mesut Ozil.
Mesut Ozil berkata: “Baru je baca berita tenyang Harry Maguire… semua ni gila betul. Takkanlah bola sepak serius sampai tahap macam tu sekali, mengancam pemain dan keluarganya.”
“Saya terkejut. Kadangkala bola sepak ni dapat mengeluarkan sisi yang teruk seorang manusia.”
“Saya berharap semua yang terlibat dalam perkara ini akan dihukum.”
Just read the news about Harry Maguire … this is just insane.🤦🏻♂️ Football can never ever be that serious to be threatening a player and his family. I'm shocked. Sometimes football brings out the worst in people. Hopefully all people involved get punished.
— Mesut Özil (@MesutOzil1088) April 21, 2022
Harry Maguire menjadi subjek kritikan ramai pihak sejak akhir akhir ini. Prestasinya yang tidak menentu membuatkan beliau seringkali dikecam. Ini ditambah dengan tanda harga yang dibayar Manchester United beliau.
Di mana pasukan Manchester United pada masa tersebut memecahkan rekod dunia untuk harga bek tengah ketika membeli Harry Maguire dari Leicester iaitu sebanyak GBP80 juta.
Maguire kemudian dilantik menjadi kapten tetap pasukan Man United ketika Red Devils dikendalikan oleh legenda United, Ole Gunnar Solskjaer.
United menentang Arsenal pada hari Sabtu, tetapi akan turun tanpa Paul Pogba, yang mengalami kecederaan betis dalam kekalahan 4-0 kepada Liverpool pada pertengahan minggu.
Mengenai situasi kecederaan Pogba, dan sama ada dia akan bermain lagi musim ini, Rangnick berkata: “Doktor memberitahu saya ia akan mengambil masa minimum empat minggu untuk dia pulih.”