Pundit bola sepak, Kieran Maguire mengulas tentang kemungkinan Man City akan dilucutkan kejuaraan EPL dan akan membolehkan Man United, Arsenal dan Liverpool dihadiahkan kejuaraan tersebut.
Dengan hukuman pemotongan 10 mata ke atas Everton kerana melanggar peraturan FFP, kini tumpuan terarah kepada Man City. Pada Februari Man City didapati bersalah ke atas 115 kesalahan FFP dalam masa 9 tahun bermula 2009 – 2018.
Kesalahan seterusnya adalah berkaitan dengan pemalsuan angka bayaran pemain, pengurus, laporan baki kewangan, tidak bekerjasama dengan pihak audit, laporan tidak tepat tentang keuntungan, gagal menyerahkan dokumen yang diminta dalam 5 musim berturut turut daripada musim 2018/19 sehingga 2022/23.
Man City kemudian mengeluarkan kenyataan mereka terkejut dengan tuduhan itu dan membawanya kepada jawatankuasa bebas. Man City menang dalam kes rayuan mereka. Atas alasan laporan lebih daripada 5 tahun dikira expired.
Dengan pemotongan mata ke atas Everton, pundit Sky Sports membincangkan kemungkinan Man City akan berdepan hukuman yang sama, termasuk penyingkiran dan penarikan semula kejuaraan.
Pada 2020, Daily Mail melaporkan Man City berpotensi kehilangan kejuaraan mereka pada 2014 kerana melanggar peraturan FFP oleh UEFA. City dikenakan penggantungan 2 musim daripada UCL dan didenda €30 juta.
City menang kes di mahkamah rayuan
Namun Man City memenangi kes di mahkamah CAS yang mencabar keputusan tersebut. Hukuman penggantungan dariapda aksi UCL ditarik balik dan hukuman dikurangkan kepada €10 juta sahaja.
Menurut Kieran Maguire, pasukan seteru Man City iaitu Arsenal, Liverpool dan Man United yang kalah dalam perebutan tahta liga ketika tempoh Man City melakukan kesalahan pastinya merasa kecewa kerana tidak memenanginya akibat Man City melanggar peraturan FFP.
Kes Swindon Town
Kes sebelum ini di Liga Inggeris, pada 1990 Swindon Town disabitkan dengan 35 kesalahan salah laku kewangan. Selepas mengaku bersalah di atas kesemua pertuduhan, Swindon Town dikenakan 20 lagi kesalahan urus tadbir kewangan. Kesannya mereka disingkirkan dari divisyen 1 sampai ke divisyen ke-3. Mereka sebelum itu cuba membuat rayuan agar disingkirkan ke divisyen kedua, namun ditolak.
Pemotongan mata Everton membuatkan FA ketika ini perlu menyemak semula kes Man City. Kieran Maguire berkata: “Melihat lebih dalam kes Everton yang disabitkan oleh jawatankuasa bebas, Premier League memutukan mereka dihukum potong 10 mata. Dan ini juga isyarat bahawa pasukan lain yang melakukan kesalahan yang sama di masa hadapan akan berdepan hukuman yang sama.”
“Everton telah meminta penalti dengan denda berhubung perbelanjaan berlebihan mereka dan memetik pelbagai sebab, termasuk Covid, Ukraine, pemain yang digantung kerja berikutan penahanan serta beberapa hujah perakaunan, mengapa kes mereka harus dilihat secara lebih simpati oleh Suruhanjaya.”
“Richard Masters. Ketua Pegawai Eksekutif Liga Perdana telah menunjukkan apabila dia memberikan bukti bahawa penalti enam mata standard akan menjadi hukuman yang disyorkan pada masa hadapan, ditambah pemotongan mata tambahan untuk setiap £5 juta yang melebihi had kerugian yang dibenarkan.”
“Manchester City telah didakwa atas 115 kesalahan, yang boleh diringkaskan secara berkesan kepada tiga bahagian, menaikkan angka pendapatan secara palsu, mengurangkan nilai kos secara palsu, dan tidak bekerjasama dengan Liga Perdana Inggeris.”
“Jumlah kesan kewangan daripada caj ini tidak diketahui, tetapi, jika ketara, dan paling penting, terbukti, boleh mengakibatkan pemotongan mata yang boleh jadi akan menjadi rekod kelab.”
“Sesetengah orang tertanya-tanya mengapa penghakiman ke atas kes Manchester City belum dibuat. Kes Everton, yang merangkumi topik yang lebih kecil, melibatkan 40,000 dokumen, kes Manchester City mungkin lebih besar dari segi bukti daripada kedua-dua pihak pendakwaan dan pihak pembelaan.”
“Chelsea juga tertakluk kepada tuduhan di media baru-baru ini, dan akibatnya mereka berpotensi dikenakan pemotongan mata selepas ini.”
🚨 Will Man Utd, Liverpool and Arsenal be awarded Premier League titles if Man City are stripped of trophies? pic.twitter.com/WeX7cHbKUZ
— SPORTbible (@sportbible) November 20, 2023
Berkaitan dengan isu, adakah kejuaraan liga yang dimenangi Man City akan dilucutkan dan diberikan kepada naib juara pada musim yang mereka melakukan kesalahan? Segalanya bergantung kepada bagaimana EPL akan mengendalikan kes City selepas ini. Jika City benar benar masih didapati bersalah, maka 3 kelab yang pernah menjadi naib juara seperti Man United, Liverpool dan Arsenal pasti mahu menuntut kejuaraan diberikan kepada mereka.